21 Julai 2010

Yasin Tunggal

Mungkin kita tidak mengetahui bahwa surah Yasin yang diajar di pondok begitu banyak pecahannya. Jenis Yasin yang ana tahu ialah:

1. Yasin
2. Yasin Fadilat
3. Yasin Rampai
4. Yasin 40 - download di http://www.ziddu.com/download/12501031/Yaasin40.pdf.html
5. Yasin Wirid
6. Yasin Tunggal - Terkenal di Kelantan
7. Yasin 7 Mubin - Rujuk

Yasin Tunggal amat terkenal di Pondok di sekitar utara Kelantan dan Pondok daerah Patani Thailand.

Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.

Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat. Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”

Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”

Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”

ADAKAH BOLEH BACA YASIN BERULANG-ULANG DISERTAKAN DOA DAN ASMA ALLAH?

Kaedah bacaan dibolehkan berdasarkan hujah berikut:

1. Di antara ayat Surat Yasin ada yang diulang sampai tiga kali atau lebih.

Mengulang-ulang satu ayat ada contoh dari Rasulullah Saww sebagaimana disampaikan oleh Abu Dzarrin ra beliau berkata:

“Nabi Saww pernah bangun malam dengan membaca sebuah ayat dan mengulang-ulang ayat itu, sehingga sampai pada pagi hari. Ayat tersebut adalah:

In tu’adzdzibhum fa innahum ‘ibaaduka (Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu)”.(HR.Imam Nasa’I dan Ibnu Majah).

2. Di antara beberapa ayat yang satu dan yang lain diselingi dzikir dan doa. Isinya selalu disesuaikan atau berkaitan dengan isi kandungan ayat tersebut.

Berzikir dan berdoa yang demikian, sangat sesuai dengan sebuah hadis yang bersumber dari sahabat Hudzaifah bin Al-Yaman ra beliau berkata:

“Pada malam hari saya pernah solat bersama Nabi Saww, lalu beliau membuka Surah Al-Baqarah, Surah Ali Imraan, dan Surah An-Nisaa’ kemudian membacanya dengan tartil. Apabila beliau melewati ayat yang didalamnya terdapat tentang mensucikan Allah, maka beliau membaca “Subhanallah.” Apabila beliau melewati (ayat) tentang permohonan, maka beliau memohon (berdo’a) dan apabila beliau melewati (ayat) tentang permohonan perlindungan, maka beliau memohon perlindungan kepada Allah.”(HR. Imam Muslim).

3. Setiap zikir dan doa yang mengiringi ayat itu, selalu dibuka dengan selawat dan salam atas Nabi Muhammad Saww, keluarganya, dan para sahabatnya. Kemudian zikir dan doa tersebut selalu ditutup dengan sebuah zikir iaitu: “Bahawa Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Dari Fudhalah bin Ubaid ra berkata, bahawa Nabi Saww sungguh telah mengajar umatnya bagaimana cara mereka berdoa. Kemudian beliau bersabda:

“Apabila salah satu di antara kamu berdoa, maka mulailah dengan memuji Allah Ta’ala dan memujiNya pula dengan berulang-ulang. Kemudian bacalah selawat kepada Nabi Saw. Kemudian berdoalah apa sahaja!” (HR. Abu Dawud, Tirmdzi, Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi).

4. Zikir dan doa yang mengiringi ayat, selalu diulang sampai tiga kali. Demikian pada umumnya.

Zikir dan doa yang selalu diulang sampai tiga kali merupakan Adab berdo’a yang sering dilakukan oleh Rasulullah Saww. Hal yang demikian diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud ra berkata:

“Rasulullah Saw apabila berdoa, beliau berdoa tiga kali dan apabila memohon kepada Allah, maka beliau memohon tiga kali juga”.(HR. Imam Muslim).

5. Setelah Surah Yasin itu tamat, kemudian ditutup dengan doa khusus.

Rasulullah Saww menegaskan tentang hal tersebut berdasarkan hadits yang bersumber dari Ibnu Imran ra sebagai berikut:

“Barangsiapa yang selesai membaca Al-Quran, maka memohonlah kepada Allah dengan Al-Quran itu. Maka sesunggugnya akan datang beberapa kaum, membaca Al-Quran, kemudian mereka meminta minta kepada manusia dengan Al-Quran itu.”(HR. Imam Tirmidzi).



YASIN UNTUK SAKARATUL MAUT

Untuk menjawab soalan Muallij Fairudz dari Kota Kinabalu dan juga untuk semua muslimin dan mukminin yang membaca blog ini, di sini ana berbesar hati memberitahu kaedah yang sepatutnya diamalkan untuk hamba Allah yang sedang sakaratul maut lebih-lebih lagi hamba Allah yang sukar mati akibat saka ialah:

1. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 boleh ikut bersama semak.

2. Sebaiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

3. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu meringankan sakaratul maut

4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

5. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

6. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan