19 November 2010

Tangkal Azimat Semuanya Syirik!

Yusuf Al Qardawi dalam bukunya telah menetang penggunaan ayat Al Quran yang digunakan sebagai tamimah (azimat tangkal). Ini menurut Yusuf Al Qardawi adalah berdasarkan beberapa dalil. Tangkal yang di maksudkan termasuklah azimat, wafaq, tali hitam yang diikat di tangan atau kaki (seperti orang hindu), dan seumpamanya.

1. Larangan terhadap berbagai tamimah adalah umum, kerana hadis-hadis tidak mengecualikannya walau pun sedikit.

2. Menutup pintu kerosakan. Membolehkan atau mengharuskan tamimah yang terdiri dari ayat-ayat Al Quran digantung akan membawa kepada terbukanya ruang untuk menggantungkan sesuatu yang lain, dimana pintu kejahatan bila dibuka tidak dapat ditutup.

3. Mengharuskan tamimah akan membawa terdedahnya Al Quran kepada kehinaan dimana orang-orang yang menggantungnya akan membawa ke tempat-tempat najis dan akan membawanya ketika membuang air, ketika dalam janabah, datang haid atau lainnya.

4. Selain itu ia akan membawa kepada tidak menghormati Al Quran dan meringan-ringankannya serta bertentang dengan apa yang terkandung di dalamnya. Allah Subhanahu Wataala menurunkan Al Quran untuk menunjuki manusia kepada jalan yang lurus serta mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada sinar cahaya, bukan digunakan untuk tamimah serta bukan juga digunakan sebagai penjaga, pendinding kepada orang-orang perempuan dan kanak-kanak.

Lihat video di bawah oleh Ustaz Rasul Dahri mengenai seorang warga Indonesia yang kebal dari 170 peluru namun begitu mati setelah polis membidik cincin yang dipercayai sebagai tangkal kebalnya.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ الْجَزَّارِ عَنْ ابْنِ أَخِي زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Ala telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari 'Amru bin Murrah dari Yahya bin Al Jazzar dari anak saudara Zainab isteri Abdullah, dari Zainab dari Abdullah ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya jampi-jampi, jimat dan tiwalah (menjadikan seorang wanita mencintai suaminya) adalah bentuk kesyirikan." (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ahmad)

video ini baru dimasukkan dan disertakan dalam blog ini pada 20 Jan 2012


Semua tangkal dijaga oleh jin jenis syaitan atau ifrit melalui satu proses baiah iaitu upacara atau ritual memanggil jin khadam untuk menjaga tuan empunya tangkal.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا عَقِيلُ بْنُ مَعْقِلٍ قَالَ سَمِعْتُ وَهْبَ بْنَ مُنَبِّهٍ يُحَدِّثُ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النُّشْرَةِ فَقَالَ هُوَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah menceritakan kepada kami 'Aqil bin Ma'qil ia berkata; aku pernah mendengar Wahb bin Munabbih menceritakan dari Jabir bin Abdullah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya mengenai nusyrah (jampi), kemudian beliau menjawab: "Itu adalah perbuatan syaitan.(Hadis Riwayat Bukhari)

Tak kira tangkal jenis batu, cincin, kayu, besi, keluli, keris, parang, tasbih, minyak, syiling, baju, kain, wafaq, atau apa sahaja, semuanya kerja menyeru syaitan. Dan orang yang subahat perkara ini iaitu pawang,dukun, bomoh, penuntut ilmu silat, pengguna, mereka sama seperti syirik pada Allah. Syirik itu datang dari pelbagai cara. Bagaimana perkara ini menimbulkan satu kuasa aneh? Tukang sihir tak akan memberi anda tangkal kecuali tangkal itu dijaga oleh syaitan.

حَدَّثَنِي عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا الْمُوبِقَاتِ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ

Telah menceritakan kepadaku Abdul Aziz bin Abdullah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari Tsaur bin Zaid dari Abu Al Ghaits dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jauhilah hal-hal yang membinasakan yaitu menyekutukan Allah dan sihr." (Haids Riwayat Bukhari)

KITAB PATI RAHSIA BANYAK TANGKAL

Memang benar saya menjualnya dalam bentuk terjemahan bahasa melayu. Tatpi saya hairan juga kenapa orang tidak membaca muqaddimah yang saya tulis di dalam kitab e-book yang dijual itu.
Syirik tetap syirik.
Ada ulama khilaf tentang tangkal dan wafaq dibolehkan dan yang membolehkannya hanya cenderung kepada pemakaian kepada kanak-kanak kecil dan bayi yang belum kenal erti khurafat dan kebergantungan pada benda itu.
Saya berani cabar, sesiapa yang memakai wafaq di sini! Saya ingin bertanya, adakah tidak ada secebis kebergantungan kamu pada kelebihan wafaq itu? Atau kamu sengaja simpan sebab ingin buat koleksi antik tanpa pernah menyebut kehebatannya?

LARANGAN MEMINTA SESUATU DARI JIN
Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin. Dalam konteks ini Allah berfirman yang bermaksud:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )

Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir. Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.

1. Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda.

2. Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.

3. Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah.

4. Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.

Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran, atau nama-nama Allah? Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah :

a. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya.

b. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala pemakaiannya memasuki tempat-tempat bernajis ataupun sedang dalam keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi.

c. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.

Pendedahan ini adalah sebagai renungan kesyirikan yang berlaku dan bukan untuk ditiru. Ana berlepas dosa antum yang cuba menirunya dan tidak bertanggungjawab dengan dosa dan musibah yang berlaku jika antum meniru utk tujuan menggunakannya.


Azimat Jodoh/Pengasihan
Kegunaan: Untuk mendapat jodoh dengan cepat.









Azimat Pelajar
Untuk meningkatkan memori yang baik. Untuk mengaktifkan diri pintar dalam belajar. Tidak akan menjadi
pelupa dan akan mengingati apa yang pernah anda pelajari






Azimat Perlindungan dan Kabul Niat
Untuk mencapai kejayaan dalam suatu tugas tertentu. Untuk wawancara atau ingin bertemu sesiapapun, atau apa yang pernah memerlukan ada, di mana sahaja. Selain itu, untuk perlindungan dari pengaruh buruk







Azimat Cinta
Kegunaan: Ini adalah untuk mendapatkan kemasyhuran. Untuk dikenali oleh semua dan
berpengaruh untuk semua. Orang-orang akan kasih dengan yang anda lakukan.

Cara: Catat ini pada Jumaat pagi, mencucinya dalam sebuah bekas
air segar dan mandi selama 3 hari. Tulis lain yang sama atau mencetak, mengikat seperti di badan dan di kedai atau premis perniagaan.


Azimat Kecurian
Kegunaan: Untuk perlindungan tempat tinggal dari perbuatan perompak, orang jahat, dan berpengaruh buruk. Mereka akan dibatasi masuk melakukan berbahaya di tempat doa ini

Cara: Tuliskan dan menanam dalam setiap mana anda berniat untuk
dilindungi



Azimat Kerezekian
Untuk menarik lebih banyak pelanggan di tempat usaha. Mereka akan datang kepada anda

Cara: Tulis dan gantung di atas pintu masuk utama






Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah  Subhanahu Wataala  tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi shallallahu alaihi wasallam melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”
“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.
“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi shallallahu alaihi wasallam memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi shallallahu alaihi wasallam menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah  Subhanahu Wataala .”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu. Waalahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan