09 Disember 2010

Kahwin di Songkhla selamat untuk rakyat Malaysia

Kahwin Lari - Nikah Siam - Kawin di Songkhla Paling Lengkap, Selamat. Kahwin lari dan prosedur nikah di Thailand harus mengambil kira keperluan untuk mendaftarkan perkahwinan itu bila kembali ke Malaysia selepas nikah Thailand. Butir lanjut ada di bawah

Oleh itu, nikah Siam bukan setakat akad nikah di Thailand dan pengeluaran sijil, tetapi juga melibatkan pengesahan sijil oleh Majlis Agama Islam di Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat di Selatan Thai ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama di Malaysia untuk pendaftaran perkahwinan nanti.



Ada cuma satu Konsulat Malaysia di Selatan Thailand, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang kawin lari dan nikah Siam.

Jadi, mengapa kawin di Narathiwat atau Yala yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini?

Tempat terbaik untuk akad nikah Siam ialah di Songkhla dimana semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima pada hari yang sama. Tak perlu menunggu berhari-hari untuk surat pengesahan. Tak perlu bermalam. Tak perlu bayar harga yang tinggi. Dan kami boleh uruskan semuanya.

Lagi pun, Songkhla paling selamat. Tak ada rusuhan.

Contoh Prosedur Nikah Thailand (bersama kami)

Contoh : Pasangan yang ingin kawin lari di Siam itu berasal dari Selangor.

Pasangan ini boleh mengambil penerbangan Air Asia ke Alor Setar untuk sampai kesana dalam pukul 8:15 pagi.

Dari Alor Setar, pasangan ini akan dibawa untuk kahwin di Thailand melalui Bukit Kayu Hitam untuk pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla di Hat Yai. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang satu jam.

Pernikahan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Selesai akad, sijil dikeluarkan. Kemudian Majlis Agama Islam Songkhla mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla. Waktu menunggu di Majlis Agama Songkhla lebih kurang setengah jam.

Agen yang sahih akan membawa anda dan pasangan anda ke Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan mendapatkan surat pengesahan pada hari pernikahan, bukan seminggu kemudian. Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan akan mengeluarkan surat pengesahan palsu yang kononnya dari Majlis Agama Islam.

Sebagai langkah mencegah sindiket palsu, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tidak lagi membenarkan rakyat Malaysia berkahwin dimana-mana tempat selain Pejabat Majlis Agama Islam di Hat Yai.

Setelah mendapat pengesahan dari majlis Agama di Songkhla, pasangan ini dibawa pula ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia pula. Perjalanan dari Majlis Agama Songkhla mengambil masa setengah jam. Penantian di Konsulat mungkin mengambil masa sehingga satu jam

Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, tidak di Yala atau Narathiwat. Surat ini mesti diserahkan bersama permohonan pendaftaran di Malaysia nanti

Segala proses nikah Thailand diatas boleh selesai sebelum tengah hari. Ada masanya, proses ini lewat sedikit, tapi masih boleh siap disebelah petang hari yang sama. Selepas itu, pasangan ini bebas untuk kembali ke Malaysia, atau bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai atau lain-lain tempat (jika masa mengizinkan).

Kalau ingin pulang menaiki kapal terbang dari Alor Setar, elok ambil penerbangan MAS yang terakhir.

Keseluruhan proses, sehingga mendapat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dilakukan pada hari yang sama!

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut tentang pakej kahwin di Songkhla yang kami tawarkan, sila hubungi
Ridzwan
79A, Tingkat 1,
Jalan SS15/5A,
47500 Subang Jaya,
Selangor
Tel: 010-3658 513

Soalan Lazim




Hukum Kahwin di ThailandSah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002.Hukum nikah di luar negara, termasuk kahwin di Thailand adalah sah dengan syarat :

Pernikahan itu mengikut rukun nikah
Pernikahan itu melebihi dua marhalah
Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52

Tarikh Keputusan : 1 Julai 2002

Tarikh Muzakarah : 1 Julai 2002 hingga 1 Julai 2002

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kalau wali tak izinkan?Wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya jika pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak. Kalau wali enggan sedangkan pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak, maka wali hakim boleh menikahkan. Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim

Pertama: Tidak Ada Wali Nasab
Kedua: Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat
Ketiga: Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.
Keempat: Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
Kelima: Wali Enggan
Tempat NikahPejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) di Hat Yai. Rakyat asing yang ingin nikah di Songkhla tidak dibenarkan nikah ditempat lain
Adakah ini sindiket palsuSelain surat nikah, pasangan akan menerima surat pengesahan nikah dari MAIS dan akan dibawa ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat. Pengesahan dari Konsulat Malaysia adalah pengesahan dari wakil Kerajaan Malaysia di Siam.
Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama dan tidak akan menghantar anda ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan.
Masa yang diperlukanSegala urusan, termasuk mendapatkan surat dari Konsulat Malaysia, selesai dalam masa beberapa jam sahaja.
Dokumen yang perlu dibawaKad pengenalan dan pasport. Penduduk sempadan (Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan) boleh menggunakan pas sempadan kalau tak ada pasport. Untuk senarai dokumen lain.Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin Thailand:

Pasport yang sah.
Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).
Kad pengenalan
Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
Surat cerai
Jika berkenaan
Sijil mati
Bagi balu yang ingin kahwin semula
Surat izin wali
Jika ada
Harga untuk khidmat iniRM1,X00 sepasang untuk hari bekerja (Isnin - Jumaat). Ada caj tambahan kalau pergi hujung minggu atau cuti am, untuk mendapatkan surat dari Konsulat Malaysia pada hari bekerja berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan