13 Disember 2010

Thibbun Nabawi Bab 65

Di sini diberikan sebahagian huraian perubatan bahan alamiah yang terkandung dalam Thibbun Nabawi Bab 65. Juga terdapat audio (silibus seminar Muallij Islamiah) dalam youtube ceramah Thibbun Nabawi (3 video) selama 40 minit.


1. 'Asal (Madu Lebah)
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam Al-Quran dan hadis Nabi saw. Dalam kitab perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda.



Seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran, Surah Al-Nahl ayat 68-69, maksudnya: "... dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia".

Dalam kitab "Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi" oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan".

Bab Madu ada diterangkan di sini: http://ibnnajib.blogspot.com/2010/10/thibbun-nabawi.html

2. Za'faran (Stigma Bunga/ Crocus sativus)
Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab "Tib Al-Imam Ali" m.s. 381 Saiyidina Ali (k.w) menyatakan yang bermaksud: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".

3. Karaps (Bijirin/ Apium gravolens)
Dalam kitab "Thibbbun Nabawi", Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s.)".

Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps".

4. Qaranful (Bunga/ Eugenia carophyllus)
Dalam kitab "Tib Al-Imam Al-Sodiq" m.s. 381 Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) lahir pada 80H (guru kepada Imam Abu Hanifah r.h.) pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir yang bermaksud: "Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq). Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata, ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari".

5. Adas (Bijirin/ Organic Lenthils)
Adas adalah makanan yang disebut dalam A-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61.

Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab "Tibbul Aimmah" m.s. 389 menyebutkan yang bermaksud: "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan makanan manis-manis (seperti madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat Al-Kursi".

6. Khardal (Brassica juncea)
Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda mengikut kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h. (121-203H) menyuruh kita memakan khardal dan zanjabil bersama madu setiap hari.

7. Na'na (Mentha longifolia)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulama perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya m.s. 298 menyuruh kita memasukkan daun na'na dan habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan yang bermaksud: "Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda' diminum suam-suam serta dibaca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta surah Yaasin".

8. Zabib (Buah/ Raisin)
Dalam kitab "Thibbun Nabawi" oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, menyebutkan yang bermaksud: "Imam Al-Zuhri berkata: Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)".

9. Lubban (Getah Pokok)
Lubban disebut sebagai kundur zikri mengikut kitab "Thibb Al-Imam Al-Sodiq" m.s. 381 oleh Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) pada kenyataan sebelumnya. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda.

Banyak riwayat di antaranya dalam kitab "Thibb Al-Nabawi" m.s. 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d.), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w.): Maksudnya: "Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayyidina Ali (k.w.) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan".

10. Habbatus Sauda' (Nigella sativa)
Habbatus sauda' adalah sejenis bijirin yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi saw sendiri dan ulama perubatan Islam.

Di antara sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda yang bermaksud: "Daripada hadis Abi Salamah (r.d.) bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati".

Ibnu Sina dalam kitabnya "Al-Qanun Fi Al-Thibb" m.s. 856, menyatakan bahawa: "Habbatus sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin)".

Begitu juga dengan pendapat ulama perubatan Islam lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya "Jamiah", Daud Al-Intoqi dalam kitab "Tazkirah" dan lain-lain.

11. Hindiba' (Cichorium intybus)
Pokok Hindiba' sangat terkenal sebagai herba yang baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, zaman Pliny (A.D 23-79) Zaman Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun).

Setelah Kedatangan Nabi Muhammad saw, hindiba' menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba'. Ulama perubatan Islam menyebut bahawa hindiba' dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

Dalil-dalil kebaikan hindiba' - Bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu hindiba' dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba' itu melainkan mengandungi air dari syurga".

Kenyataan kebaikan hindiba' oleh ulama perubatan Islam terkenal zaman silam iaitu Imam Ja'afar As-Sodiq (83-148H): "Hendaklah kamu memakan hindiba' kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka" (mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda).

Khasiat hindiba' menurut Ibnu Sina (370-428H): Terjemahannya: "Berkata Ibnu Sina: Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan didalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan (kerongkongan, kemerahan kerongkong), dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba' merupakan penawar terpilih untuk mengatasi masalah kelemahan di perut".

Khasiat hindiba' menurut ulama perubatan Islam Ibnu Qayyim Al-Juziyah (691-751H), dalam kitabnya "Thibbun Al-Nabawi", beliau mengatakan: Maksudnya, "Apabila dimakan maka hindiba' boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba' mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin)".

12. Babunaj (Matricaria chamomilla)
Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka. Bunga babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.

Di antara khasiat bunga babunaj seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, sistem penghadaman, gastrik, buang angin di badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang. Lihat kitab "Al-Qanun Fi Al-Tib" Ibnu Sina, Jilid 1, m.s. 473-474, kitab "Sidlit Al-Athor" Ibnu Al-Baithor m.s. 89-90, kitab "Sidlit Al-A'sab" Daud Al-Intoqi, m.s. 60 dan lain-lain kitab perubatan Islam.

13. Zanjabil (Zingiber officinale)
Sudah menjadi amalan kebiasaan orang Arab sejak zaman dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam.

Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam Al-Quran surah Al-Insan ayat 17 yang bermaksud: "Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman yang dicampurnya dari zanjabil".

Khasiat zanjabil: Menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan. Lihat kitab "Al-Qanun Fi Al-Tib" Ibnu Sina m.s. 558-559, kitab "Thibbun Nabawi", kitab "Sidlit Al-Athor" m.s. 293-294, kitab "Sidlit Al-A'sab" m.s. 253.

14. Hulbah (Trigonella feonum-graecum)
Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nabi saw sendiri dan ulama perubatan Islam, di antaranya: Maksudnya: "Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata: telah bersabda Rasulullah saw, "Berubatlah kamu dengan hulbah".

Lihat kitab "Thibbun Nabawi", Kebaikan hulbah menurut ulama perubatan Islam, di antaranya ialah: Terjemahannya: "Seandainya manusia mengetahui manfaatnya hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya".

Khasiat hulbah: Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah sakit kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik), jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).

15. Kurma (Tamar dan Ruthob)
Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an
Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum, dan bersenang hatilah kamu.
Diriwayatkan dalam kita Shahihain dari Abdullah bin Ja’far. “Aku melihat Rasulullah SAW makan tembikai dengan makanan basah (kurma).”
Diriwayatkan dalam Sunah Abu Daud dari Anas bahwa beliau berkata :
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan makanan basah sbelum melakukan solat. Apabila tidak ada buah kurma, maka beliau meneguk beberapa air putih.”

Di dalam Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim dari Sa’ad bin Abi Waqqash menyatakan “Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang mengkonsums tiga butir kurma ajwah di pagi hari, maka ia tidak akan terkena racun dan sihir pada hari itu”.
Pada Shahih Al Bukhari terdapat tambahan; “Pada hari itu sampai malam”. Dalam riwayat lain dinyatakan mengkonsumsi tujuh butir kurma.
Pada riwayat lain disebutkan “Dari kurma yang dipetik diantara dua bukitnya di pagi hari, maka ia tidak akan terkena racun sampai petang”[Al Bukari pada kitab Al Ath’imah dan kitab Aht-Thibb, Bab Ad-Dawaa’ Bil Ajwah Muslim pada kitab Al Asyiribah, Bab Fadhu Tamril Madinah, No. 2047. Abu Daud pada kitab Aht-Thibb, No. 3876, Imam Ahmad, 1/181 dan Abu Nu’aim dalam kitab kitab Aht-Thibbun Nabawi hal 29 dan 95].

Sementara dari Aisyah diriwaytkan bahwanya Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya kurma ajwah Aliyah itu mengandung ubat (penawar). Dan sesungguhnya ia merupakan antidot (penangkal racun) di awal pagi”[Muslim pada kitab Al Asyiribah, Bab Bab Fadhu Tamril Madinah, No. 2048. Abu Nu’aim dalam kitab kitab Aht-Thibbun Nabawi hal 94 dan Ahmad 6/105. Lihat Misykatul Mashabih, No. 4191].

Lafaz lebih fasih dibaca fathah pada huruf sin. Yang dimaksud dengan dua bukit didalam hadits tersebut adalah dua bukit Madinah. Lafaz bisa dibaca dhommah atau kasroh pada huruf ta’ dan bisa juga dibaca sedangkan yang dimaksud dengan Aliyah disini adalah pemukiman dan desa dari arah Madinah bagian atas yang dekat dengan Nejed. Sementara Safilah darai arah lain yang dekat dengan Tihamah. Wilayah Aliyah yang paling dekat dengan Madinah berjarak 3 mil dan yang paling jauh berjalan 8 batu.
Sa’ad menyatakan “Aku pernah jatuh sakit lalu Rasulullah datang menjengukku kemudian beliau meletakkan tangannya diantara kedua buah puting susuku hingga aku merasakan dingin di jantungku dan beliau bersabda kepadaku:
“Sesungguhnya kamu mengidap penyakit jantung, maka datangilah Al Harits bin Kaladah dari suku Tsaqif karena ia membuka praktik pengubatan. Dan hendaklah dia mengambil tujuh butir kurwa ajwah Madinah kemudian menumbuknya bersama bijinya lalu memasukkannya kedalam mulutmu”[Abu Daud pada kitab Ath Thibb, Bab Tsarul Ajwah, No. 3875 dan Abu Nu’aim dalam kitab Aht-Thibbun Nabawi hal 61 dan 62. Al Haitsami menyatakan didalam Majma’uz Zawaid, 5/88, At Thabrani dalam Al Mu’jam Al Kabir. Hanya didalam jalur sandanya terdapat Yunus bin Hajjaj Ats Tsaqafi dan saya tidak mengenalnya tapi isnadnya jayyid (bagus). Lihat Mukhtashar As Sunan, Al Mundziri, 5/358].

Lafaz ertinya mengidap penyakit jantung sehingga beliau berusaha meredakannya. Menurut Al Ashmu’in lafazh berarti dua sisi lembah. Dari situ diambil kata yang bererti ubat yang dimasukkan ke salah satu sisi mulut. Bentuk jamaknya adalah . Dikatakan (orang laki-laki itu diubati dengan cara memasukkan kesalah satu sisi mulutnya). Orang yang diubati dengan cari ini disebut dan dikatakan dan sedangkan lafazh sama seperti lafaz .
Abu Zakariya An Nawawi berpendapat bahwa khasiat tersebut hanya terdapat pada kurma Madinah. Sama seperti angka tujuh yang hanya bisa diperoleh melalui wahyu. Sementara Abu Daud memberikan judul “Bab Tentang Kurma Ajwah” tanpa menyebut dari Madinah.

16. Sutera
Adapun barang haram yang dibolehkan kerana hajat, Syeikhul Islam menyebutkan kaedah “Ma ubiha lil hajati jazat tadawi bihi wama ubiha lidl dlarurati fala yajuzut tadawi bihi” (Apa yang dibolehkan kerana keperluan boleh dipakai berubat, dan apa yang dibolehkan kerana keterpaksaan tidak boleh dipakai berubat). -maksudnya dibolehkan tidak hanya kerana darurah (keterpaksaan) seperti memakai sutera, telah disebutkan dalam hadits shahih bahwa Nabi memberikan rukhsah (keringanan) bagi Zubair bin ‘Awwam dan Abdurrahman bin ‘Auf ra untuk memakai sutera kerana gatal pada tubuh beliau berdua. Ini boleh menurut pendapat yang benar di kalangan ulama kerana memakai sutera hanya diharamkan jika dalam keadaan tidak perlu. Sutera diharamkan buat lelaki kerana unsur berlebih-lebihan, kemegahan dan kesombongan.

17. Cendawan Kamaah
Dari Abu Hurairah diriwayatkan:
حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏حدثنا ‏ ‏غندر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الملك ‏ ‏سمعت ‏ ‏عمرو بن حريث ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏سعيد بن زيد‏ ‏قال ‏ سمعت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏الكمأة ‏ ‏من ‏ ‏المن ‏ ‏وماؤها شفاء للعين ‏
(اخرجه البخاري كتاب الطب باب المن شفأ للعين رقم 5272)
Maksudnya: “Hadis Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang sangat istimewa) dan dapat mengubati mata”.

Dalam riwayat lain Abu Hurairah mengatakan; “Lalu aku mengambil tiga, lima atau tujuh batang cendawan dan memerasnya. Lalu aku masukkan airnya kedalam botol kemudian budak wanita milikkau yang menderita rabun mata bercelak (mengolesi kelopak matanya) dengan air tersebut dan sembuh. (At Tirmidzi dan menurutnya; “Ini hadis hasan gharib”. Ibnu Majah No. 3455 dan Abu Nu’aim dalam kitab Aht-Thibbun Nabawi hal 46. Ahmad dan At Tirmidzi, kitab At Thibb Bab Maa Jaa-a Fil Kami’ati Wal Ajwati No. 2069 dan 2070 yang semuanya dari jalur Abu Hurairah. Ahmad dari halur Abu Sa’id Al Khudri dan Jabir bin Abdillah, 3/48 dan Ibnu Majah dari jalur kedua orang sahabat tersebut. Sementara Abu Nu’aim dalam kitab Aht-Thibbun Nabawi hal 96 dari jalur Jabir saja. Didalam sanadnya terdapat Syahr bin Hausyab yang dikomentari didalam kitab At Taqrib lajur tapi sering meriwayatkan hadits Mursal dan banyak wahm (ilusi)


18. Makan Mentimun Beserta Kurma
‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏وعبد الله بن عون الهلالي ‏ ‏قال ‏ ‏يحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏ابن عون ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إبراهيم بن سعد ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن جعفر ‏ ‏قال ‏: رأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يأكل القثاء بالرطب
‏(اخرجه المسلم كتاب الاشربة في أكل القثاء بالرطب: 3806‏ ‏
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.

Menurut Abu Isa al-Tirmidzhi: Ianya hadith hasan lagi shahih lagi gharib. Ketahuilah bahawa makan timun Arab dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti dengan mentimun, maka barangsiapa membiasakan diri dengan makan mentimun dengan kurma masak boleh membesarkan badan, kerana timun Arab mempunyai khasiat padanya untuk membesarkan badan, selain itu juga ianya dapat menghilangkan dahaga, mendatangkan kekuatan tenaga bagi sesiapa yang menghidunya kerana padanya terdapat bau yang harum, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya tidak mudah busuk dan rosak.

Manakala kurma itu pula sifatnya panas pada peringkat pertama dan lembap pada peringkat kedua, ianya dapat memberi kehangatan terhadap makanan yang sejuk, akan teapi menyebabkan dahaga dan lekas menjadi busuk dan rosak, selain itu ianya boleh mengeruhkan darah dan menyebabkan pening kepala. Begitulah sifat kedua-duanya itu yang mana saling berlawanan antara satu sama lain, yang mana timun itu bersifat sejuk manakala kurma itu bersifat panas.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas. Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith, Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.

19. Berubat dengan Limau Utrujj
وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأُتْرُجَّةِ ريحها طيب وطعمها طيب، ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التَّمْرَةِ لا ريح لها وطعمها طيب حُلْوٌ، ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مُرٌّ، ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر".
(رواه البخاري في كتاب التوحيد باب قراءة الفاجر والمنافق وأصواتهم وتلاوتهم لا تجاوز:7005)
Maksudnya : “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran seperi buah Utrujjah (limau); baunya harum dan rasanya manis (enak). Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah kurma yang tidak berbau tetapi rasanya manis (enak).Dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran seperti minyak wangi; baunya harum tetapi rasanya pahit). Dan perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzalah, (buah yang pahit), tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit”.

Utrujj ialah nama sejenis pokok limau yang banyak ranting berduri; mempunyai daun dan buah. Manakala buahnya seperti limau yang besar dan seperti Burtuqaal (limau manis) bentuknya hampir bujur seperti betik dan bermuncung. Warnanya warna emas indah. Limau ini mempunyai dua ciri keistimewaan iaitu keharuman baunya dan keenakkan rasanya.

Bau Utrujj akan menyembuhkan wabak seperti hawar, dan sampar serta keburukkan udara. Manakala kulit buahnya dijadikan bahan adunan (makjun) yang berguna untuk perut dan ia dapat menguatkan keinginan seks jantina. Adapun buahnya, airnya diminum bagi orang yang perutnya panas ia dapat menyejukkan rasa tidak selesa dengan cepat. Ia juga dipercayai dapat menguatkan hati yang lemah dan menyukakan hati yang duka.
Limau Utrujj juga dapat menimbulkan selera makan dan dapat menahan rasa dahaga: menghentikan radang kerongkong, berdebar hati dan menghilangkan rasa kesedihan. Selain itu ia berguna untuk menghilangkan racun yang membunuh dalam tubuh dengan cara meminum air pati dicampur dengan air suam kuku. Ia juga berguna untuk semua mangsa sengatan binatang yang berbisa, iaitu dengan cara mencincangkannya dengan halus dan kemudian diletakkan di tempat sengatan.Selain dari itu ia juga berupaya dalam menambahkan air mani, menyuburkan badan dan melipatgandakan vitamin-vitamin dalam badan.

20. Khasiat Buah Labu
حدثنا ‏ ‏قتيبة بن سعيد ‏ ‏عن ‏ ‏مالك بن أنس ‏ ‏فيما قرئ عليه عن ‏ ‏إسحق بن عبد الله بن أبي طلحة ‏ ‏أنه سمع ‏ ‏أنس بن مالك‏ ‏يقولا ‏ إن خياطا دعا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لطعام صنعه قال ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏فذهبت مع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إلى ذلك الطعام فقرب إلى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏خبزا من شعير ومرقا فيه ‏ ‏دباء ‏ ‏وقديد ‏ ‏قال ‏ ‏أنس ‏ ‏فرأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يتتبع ‏ ‏الدباء ‏ ‏من حوالي ‏ ‏الصحفة ‏
‏قال ‏ ‏فلم أزل أحب ‏ ‏الدباء ‏ ‏منذ يومئذ .
(اخرجه مسلم في الأشربة جواز أكل المرق واستحباب أكل اليقطين وإيثار أهل المائدة:3803)
Maksudnya: “Daripada Hadis Anas bin Malik r.a:
Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ‏”.

Menurut hadith diatas, sebagaimana pemakanan yang digemari nabi selain kurma, Nabi Muhammad saw menggemari buah labu. Buah labu antara lainnya sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat yang masih belum terungkap lagi, kini kajian moden mendapati buah labu kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat yang baik untuk tubuh badan, begitulah pemakanan baginda yang sebenarnya merupakan satu kaedah pemakanan yang baik, justeru itulah ditekankan bahawasanya mengikut sesuatu yang datangnya dari baginda dan menyelusuri sunnah-sunnahnya merupakan kebaikan dan kemaslahatan bagi umat manusia seluruhnya.

Labu adalah sejenis buah yang biasanya bersaiz bulat labu merah berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.
Dalam buku Vegetables: For Health and Healing nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.Katanya lagi, daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand. Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur. Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

21. Berubat dengan celak mata
Maksud celak disini ialah celak hitam; dan ada yang menyebutkan celak Al-Ashfahaani; sebab ia berasal dari Ashfahaan.
Celak ini digunakan pada mata, maka ia akan menguatkan urat-uratnya dan membersihkan sampah-sampah di dalamnya, juga menyembuhkan luka-luka dan menghilangkan parut.
Disamping itu ada juga mnegatakan celak dapat menumbuhkan bulu mata, mengelokkan pandangan mata dan mendatangkan rasa kasih pada hati-hati manusia. Celak yang sangat baik untuk mengatasi segala macam penyakit mata, menurut Asy-Sayyidi Muhammad As-Said rahimahullah (r.a): Hendaklah diambil 10 gram Zakrafan, 20 gram lada dan ditumbuk halus, diayak pada ayakkan yang bersih dan bercelaklah pada waktu pagi, tengahari dan malam bila perlu.

22.Berubat dengan Hinai
Hinai ( Al- Hinnaa’ ) mempunyai warna cerah api, digemari dan membangkitkan daya cinta kasih; manakala baunya wangi.
Hinai didapati berguna untuk menyembuhkan luka-luka mulut dan bengkak-bengkak.Air daunnya dimasak berguna untuk memulih bahagian anggota yang terbakar api atau terkenal ulat air pada celah-celah jari kaki atau tangan. Ia merupakan pencelup yang boleh memerahkan rambut dan mengelokkan kuku serta mencegah kuku dari patah.

23. Berubat dengan Kayu Gaharu
Ummu Qais binti Muhshan menceritakan pada Rasulullah bahawa dia telah memasukkan jarinya ke dalam mulut anak saudaranya itu denagn harapan sakit kerongkongnya akan baik.

Maka Rasulullah bersabda:
Ertinya: “Mengapakah engkau mengubati anak-anak yang kena radang kerongkong dengan memasukkan jari ke mulut? Hendaklah kamu menggunakan kayu Gaharu ini, kerana ia mempunyai 7 ubat penyembuh, antaranya radang selaput rusuk, ditumbuk (sampai liat, kemudian minum)” untuk selesema dititiskan ke lubang hidung.(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan ibnu Majah)

Kayu Gaharu ialah sejenis pokok yang berasal dari negeri-negeri India, baunya harum dan pahit rasanya, tetapi ia mempunyai banyak faedah.
Gaharu digunakan dalam menguatkan minda. Ia juga boleh digunakan dalam menyembuh penyakit demam berselang-selang juga digunakan untuk menguatkan limpa dan mengurangkan maidah (kisaran perut).
Bila ditumbuk lumat, ia boleh dimasukkan ke lubang hidung,maka ia berguna untuk melegakan hidung yang tersumbat dan seterusnya ia akan membantu bahagian-bahagian yang berasingan yang terkumpul dalam lubang hidung. Debunya diadun dengan madu dan dilumuri pada muka, ia dipercayai boleh menghilangkan bintik-bintik jerawat.

24. Kepala Susu (Talbinah)
Kepala susu (At-Talbiinah) ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada susu tepung gandum atau hampasnya (sesudah diayak) ia akan menjadi madu. Ia dinamakan demikian kerana ia menyerupai susu dari segi putih dan halusnya.

Oleh sebab ia merupakan satu makanan yang lembut, maka apabila ia diminum dalam keadaan suam, ia dapat membersihkan setiap geladak di kerongkong atau lendir daripada maidah (kisaran perut) dan dapat melegakannya. Sayyidah Aisyah r.a. menyebutkan dia mendengar Rasulullah bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya kepala susu itu dapat melegakan kepala maidah (kisaran perut) dan ia dapat menghilangkan sebahagian kedukaannya”

25. Barli - Syair (Talbinah)
Talbinah juga boleh ditafsirkan sebagai barli (Syair). Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin. Ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.

26. “Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum makan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau.hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

27. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

28. Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

29. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

30. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

31. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

32. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

33. Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

34. Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

35. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. Juga untuk rabun

36. Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

37. Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

38. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walaubagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

39. Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

40. Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda mnambahkan berat badan.

41. Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

42. Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

43. Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

44. “Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

45. Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbahmembantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

46. Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai .

47. Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

48. Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama-bersama kami.”
Huraian bawang putih di sini http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/08/bawang-putih-dalam-perubatan.html

49. Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

50. Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

51. Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi kebiasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

52. Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

53. Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

54. Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana . Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

55. Laban (susu masam/yogurt)
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban dalam dua surah iaitu surah Al-Nahl ayat 66 dan Surah Muhammad ayat 15 . Dalam Surah Al-Nahl ayat 66 :

Maksudnya: " Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan ikhtibar, kami beri minuman kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perut, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah iaitu susu yang bersih , mudah diminum lagi sedap rasanya ."

Susu kambing lebih afdal kerana khasiatnya yang sangat banyak seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam dan Moden. dan banyak lagi..
Wallahu alam bissawab.
Rujukan kitab Thibbun Nabawi (Ibnu Qayyim al-Jauziah), terjemahan oleh Muallij Mustaqim.

Thibbun Nabawi Bab 10, 30 dan 42 di http://ibnnajib.blogspot.com/2010/12/thibbun-nabawi-bab-10-30-dan-42.html

Thibbun Nabawi Bab 15 dan 35 di http://ibnnajib.blogspot.com/2010/12/thibbun-nabawi-bab-15-dan-35.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan