22 April 2011

Ilmu Mukhtalif al-Hadith asy-Syafii

Manhaj Islami Dalam Ilmu Mukhtalif Al-Hadith: Manhaj Imam asy-Syafii
(المنهج الاسلامى فى علم مختلف الحديث : منهج الامام الشافعى)
Hadis menjadi fokus utama kajian para sarjana Islam sejak sekian lama demi memelihara statusnya sebagai wahyu di samping al-Qur'an. Isu perbezaan had is, secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap autoriti hadis sebagai sumber kedua peradaban Islam. Justeru para sarjana Islam memberi perhatian terhadap isu ini yang dikenali dengan ilmu mukhtalif al-hadith (perbezaan hadis).
Al-Syafi’i dianggap tokoh perintis yang membahaskan isu ini menerusi karyanya Ikhtilaf al-hadith. Kajian ini merupakan analisis konseptual dan kritikal terhadap tafsiran, justifikasi, pemikiran dan pendirian beliau tentang mukhtalif al-Hadith serta mekanisme penyelesaian beliau terhadap isu ini menerusi metode pengharmonian (al-jam'), pemansuhan (al-naskh) dan pemilihan (at-Tarjih). Kajian ini juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penghargaan kepada al-Syafi'i melalui karyanya Ikhtilaf al-Hadith.

PENDAHULUAN
0.1 Latar Belakang Kajian
Hadis sepanjang sejarah dan peradaban Muslim kekal sebagai sumber perundangan Islam. Ia bergandingan dengan al-Qur'an sebagai dua elemen yang menstrukturkan jati diri dan identiti Islam. Muslim memahami status hadis sebagai penghuraian kepada al-Qur'an dan. berhubungan secara eksklusif. Kewibawaan al-Qur'an boleh tergugat jika hadis diragui kerana al-Qur'an ditransformasikan melalui Nabi s.a.w (hadis). Justeru Muslim juga memahami bahawa mempertahankan tuntutan hadis bererti mempertahankan al-Qur'an.

Oleh yang demikian koleksi sabda Nabi s.a.w sewajarnya bebas daripada faktor-faktor yang boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai wahyu seperti yang telah ditegaskan. Pengiktirafan al-Qur'an terhadap status hadis menafikan terjadinya ketidakselarasan antara ucapan, perbuatan mahupun pengakuan Nabi s.a.w. Ini adalah kerana perbezaan yang terjadi akan menjadi sandaran hujah untuk mempolemikkan kewibawaan hadis yang seterusnya akan turut menjejaskan reputasi al-Qur'an. Justeru apakah tafsiran yang wajar diketengahkan untuk memberi penjelasan terhadap isu ini yang secara istilahnya disebut mukhtalif al-hadith (perbezaan hadis)?

Kajian ini dilakukan untuk mencari justifikasi kewujudan perbezaan hadis serta mencari jawapan yang sebaik mungkin untuk meleraikan persoalan ini.

Hadis adalah wahyu tetapi kenapa boleh terjadi khilaf di antara hadis? Adakah khilaf ini benar-benar terjadi atau hanya persepsi bersifat polemik sahaja? Jika benar didapati terdapat khilaf di antara hadis, apakah faktor-faktornya dan bagaimana cara menanganinya? Persoalan-persoalan ini dileraikan berlandaskan sampel kajian iaitu Ikhtilaf al-Hadith karya al-Syafi’i yang dianggap sebagai karya pertama dan tokoh perintis yang menyumbang idea dalam isu ini.

0.2 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai objektif berikut :
i. Menghuraikan justifikasi ulama terhadap kewajaran mukhtalif al-Hadith dan faktor-faktor terjadinya mukhtalif al-Hadith serta pembahagiannya.

ii. Mengenal pasti kesarjanaan al-Syafi’i dalam ilmu hadis melalui pendedahan pengaruh dan penglibatan beliau dalam riwayah al-Hadith dan dirayah al-Hadith.

iii. Memperkenalkan kitab lkhtilaf al-Hadith oleh al-Syafi'i sebagai karya perintis ilmu mukhtalif al-Hadith.

iv. Menjelaskan pemikiran dan pendirian al-Syafi’i menerusi karya Ikhtilaf al-Hadith terhadap persoalan mukhtalif al-Hadith dengan mendedahkan prinsip, peraturan serta metodologi yang diaplikasikan oleh beliau untuk menangani isu ini.

0.3 Hipotesis
Al-Syafi’i menerusi karya Ikhtilaf al-Hadith dianggap sebagai perintis dalam membincangkan persoalan mukhtalif al-Hadith. Beliau dalam isu ini menjelaskan bahawa pada dasarnya perbezaan hadis tidak mungkin berlaku.
Berasaskan status wahyu yang bersifat ketuhanan termasuk hadis yang berfungsi sebagai al-bayan kepada al-Qur'an ('Muhammad bin Idris al-Syafl' (1985), Ikhtilaf al-Hadith. Beirut: Mu'asasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, h. 35.), mencukupi untuk menafikan kemungkinan terjadinya khilaf sesama hadis. Justeru beliau berpendapat jika mukhtalif al-Hadith benar-benar terjadi maka ia adalah satu isu yang dihipotesiskan sebagai positif untuk diselesaikan iaitu diberi penjelasan melalui pengharmonian (al-jam'). pemansuhan (al-naskh) dan pemilihan (al-tarjih). Persepsi ini seterusnya mendasari kerangka makro metodologi penyelesaian mukhtalif al-Hadith beliau.

0.4 Kepentingan Kajian
Secara umum kajian ini penting bagi menjelaskan isu perbezaan hadis untuk menghindari kekeliruan dan prasangka yang boleh menggugat keyakinan umum terhadap status hadis. Pencarian hukum yang tepat khasnya kepada para fukaha yang berinteraksi secara langsung dengan hadis-hadis nabawi untuk memutuskan sesuatu hukum. Juga penting untuk sarjana hadis khasnya dalam memberi maklum balas terhadap golongan oportunis yang sengaja menyandarkan hujah penolakan hadis (anti-hadis) menerusi isu perbezaan hadis.

0.5 Skop Kajian
Kajian ini difokuskan kepada persoalan mukhtalif al-Hadith (perbezaan hadis) menurut tinjauan al-Syafi’i menerusi karyanya Ikhtilaf al-Hadith. Justeru kajian ini tidak melibatkan kajian perbandingan antara tokoh-tokoh yang turut membahaskan isu ini seperti Ibn Qutaybah, al- Tahawi dan lain-lain kecuali sedikit. Kajian ini juga tidak menyentuh aspek-aspek persoalan musykil al-Hadith secara meluas melainkan yang berkaitan dengan perbezaan hadis.

0.6 Huraian Istilah
Mukhtalif al-Hadith merupakan sub-disiplin pengajian ilmu hadis. fa merupakan suatu konsep pengkajian secara kritikal berhubung dengan teks hadis yang khusus membahaskan kaedah pengharmonian dan tatacara penyelarasan hadis yang tampak berbeza antara satu dengan yang lain. Metodologi penolakan perbezaan tersebut sama ada menerusi pengharmonian (al-jam'), pemansuhan (al-naskh) atau pemilihan/al-tarjih (Nafidh Husayn Hammad (1993), Mukhtalif al-Hadith Bayn al-Fuqaha' wa al-Muhaddithin. AI-Mansurah : Dar al-Wafa', h. 14.)

Ikhtilaf al-Hadith oleh al-Syafi’i pula merupakan karya pertama merangkap tokoh perintis yang membahaskan isu mukhtalif al-Hadith secara konseptual dan kritikal. Al-Syafi’i membentangkan pemikiran, pendirian dan mekanisme penyelesaian beliau berhubung isu ini dengan memfokuskan contoh-contoh perbezaan hadis tentang permasalahan fiqh.

0.7 Ulasan Penulisan
Terdapat beberapa kajian yang memfokuskan isu mukhtalif al-Hadis tetapi memilih metode tersendiri untuk melanjutkan perbahasan dan kupasan kajian tersebut. Antaranya ialah 'Abd al-Latif al-Sayyid 'Ali Salim. Beliau membuat penyelidikan yang bertajuk al-Manhaj al-Islaml fi 'ilm Mukhtalif al-Hadith: Manhaj al-Imam al-Syafi'i dan diterbitkan pada tahun 1992 oleh Dar al-Da'wah. Kajian ini membuat penyelidikan secara umum percubaan al-Syafi’i menyelesaikan hadis-hadis yang khilaf. Bersumber daripada karya-karya utama Al-Syafi’i seperti al-Risalah, al-Umm dan Ikhtilaf al-Hadith, kajian ini menggariskan elemen-elemen penting yang diaplikasikan oleh al-Syafi’i dalam usaha menangani isu mukhtalif al-Hadith. Justeru skop kajian ini tidak tertumpu kepada satu-satu karya dan inilah perbezaan secara teknikal dengan kajian penulis yang membatasi perbincangan mukhtalif al-Hadith menerusi karya Ikhtilaf al-Hadith. Kajian ini banyak membantu penulis dalam memahami tasawwur awal perbezaan hadis.

Nafidh Husayn Hammad membincangkan persoalan ini melalui kajian beliau yang bertajuk Mukhtalif al-Hadith Bayn al-Fuqaha' wa al-Muhaddithin yang diterbitkan pada tahun 1993 oleh Dar al-Wafa'. Sinonim dengan tajuk, kajian ini menekankan metode komparatif antara fukaha dan ahli hadis dalam menangani persoalan mukhtalif al-Hadith.

Kajian yang menggunakan metode yang sama seperti di atas ialah Mukhtalif al-Hadith Bayn al-Muhaddithin wa al-Usulliyyin al-Fuqaha' oleh Usamah bin 'Abd Allah al-Khayyat. Kajian ini adalah tesis sarjana Jabatan al-Kitab dan al-Sunnah, Universiti Umm al-Qura dan diterbitkan pada tahun 2001 oleh Dar Ibn Hazm. Beliau menumpukan perbincangan mukhtalif al-Hadith secara konseptual dan kritikal dengan membentangkan contoh-contoh penyelesaian menu rut tokoh-tokoh tertentu termasuk al-Syafi'i, Ibn Qutaybah dan al-Tahawi menerusi karya masing-masing dan kemudiannya menganalisis metode mereka secara komparatif.

Hafiz Firdaus Abdullah menerusi bukunya Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah yang diterbitkan pad a tahun 2002 oleh Perniagaan Jahabersa, mengemukakan kajian secara ringkas dengan menumpukan 20 contoh hadis-hadis yang kelihatan bercanggah serta analisis takwilan-takwilan yang munasabah untuk meleraikan percanggahan tersebut. Sorotan penyelidikan di atas menunjukkan bahawa kajian penulis, Konsep Mukhtalif al-Hadith menurut al-Syafi’i: Tumpuan Khusus Terhadap Kitab Ikhtilaf al-Hadith adalah lebih kecil skopnya dan tidak melewati perbincangan secara komparatif antara karya tetapi membatasi fokus kepada pemikiran al-Syafi’i menerusi kitab lkhtilaf al-Hadith. Tanpa menafikan kajian-kajian tersebut ban yak membantu penulis menyusun dan memantapkan idea, penulis mengemukakan hasil kajian ini sebagai tambahan satu lagi kajian perbezaan hadis.

0.8 Metodologi Kajian
Metode Penentuan Subjek
Subjek pengkhususan kajian merangkap sampel kajian difokuskan kepada isu mukhtalif al-Hadith menerusi kitab Ikhtilaf al-Hadith oleh al-Syafi'i berasaskan maklumat bahawa ia adalah karya pertama dan tokoh perintis yang menyumbang idea dalam isu ini.

ii. Metode Pengumpulan Data
Kajian ini merupakan kajian perpustakaan. Kajian adalah berlandaskan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada pelbagai jenis bahan-bahan bertulis sama ada penerbitan rasmi atau tidak seperti buku, kamus, kertas kerja, jurnal, makalah dan disertasi. Data-data tersebut sama ada primer atau sekunder diperoleh menerusi metode-metode berikut :

a. Dokumentasi
Metode ini diaplikasikan secara langsung terhadap buku Ikhtilaf al-Hadith untuk menanggap pemikiran dan persepsi Al-Syafi’i terhadap isu mukhtalif al-Hadith.
Sumber-sumber lain turut digunakan sebagai sokongan terutamanya buku-buku ilmu mukhtalif al-Hadith, ulum al-Hadith, ulum al-Qur'an, fiqh dan usul alfiqh.

b. Sejarah
Metode ini di aplikasi untuk memperoleh maklumat yang berstatus sejarah seperti tinjauan biografi al-Syafi’i, sumbangannya dalam bidang hadis, kronologi perkembangan mukhtalif al-Hadith menerusi bab satu dan bab dua.

iii. Metode Penganalisisan Data
Deduktif
Merupakan satu proses merumuskan satu pernyataan khusus berdasarkan maklumat umum. Misalnya, secara umum perbezaan hadis dinafikan berhujah status hadis sebagai wahyu. Justeru mukhtalif al-Hadith didefinisikan sebagai satu kajian kritikal mengatasi perbezaan yang tampak secara literal mahupun non literal.

Kejayaan disiplin ini menyediakan mekanisme yang diperlukan untuk menjelaskan perbezaan hadis sekali gus menafikan ketidakselarasan antara hadis-hadis tersebut telah membenarkan hipotesis umum tadi. Muktalaf al-Hadith dibahaskan dengan terikat kepada pernyataan umum tersebut. Metode ini banyak diaplikasikan dalam keseluruhan bab.

b. Induktif
Merupakan satu proses merumuskan s~tu prinsip atau kaedah berdasarkan pengamatan kepada beberapa contoh spesifik. Metode ini diaplikasikan dalam bab empat iaitu beberapa contoh penyelesaian al-Syafi'i dalam mengatasi konflik antara hadis menjadi sandaran ketetapan sesuatu kaedah. Misalnya beberapa contoh perbezaan had is disebabkan perbezaan situasi merumuskan bahawa hadis-hadis tersebut diamalkan menurut keadaannya tanpa perlu dikesampingkan di antara satu sama lain.

iii. Metode Penganalisisan Data
Deduktif
Merupakan satu proses merumuskan satu pernyataan khusus berdasarkan maklumat umum. Misalnya, secara umum perbezaan hadis dinafikan berhujah status hadis sebagai wahyu. Justeru mukhtalif al-Hadith didefinisikan sebagai satu kajian kritikal mengatasi perbezaan yang tampak secara literal mahupun non literal.
Kejayaan disiplin ini menyediakan mekanisme yang diperlukan untuk menjelaskan perbezaan hadis sekali gus menafikan ketidakselarasan antara hadis-hadis tersebut telah membenarkan hipotesis umum tadi. Muktalaf al-Hadith dibahaskan dengan terikat kepada pernyataan umum tersebut. Metode ini banyak diaplikasikan dalam keseluruhan bab.

b. Induktif
Merupakan satu proses merumuskan prinsip atau kaedah berdasarkan pengamatan kepada beberapa contoh spesifik. Metode ini diaplikasikan dalam bab empat iaitu beberapa contoh penyelesaian al-Syafi’i dalam mengatasi konflik antara hadis menjadi sandaran ketetapan sesuatu kaedah. Misalnya beberapa contoh perbezaan had is disebabkan perbezaan situasi merumuskan bahawa hadis-hadis tersebut diamalkan menurut kondisinya tanpa perlu dikesampingkan di antara satu sama lain.

Komparatif
Penilaian data secara komparatif penting untuk membezakan setiap percubaan Al-Syafi’i dalam menangani mukhtalif al-Hadith. Perbezaan yang berjaya dikesan, membolehkan kajian menyelaraskan serta menyusun idea-idea al-Syafi’i serta prinsip-prinsip asas yang mendasari pemikiran beliau terhadap isu ini. Metode ini banyak diaplikasikan khasnya dalam bab empat.
Penyelidikan Konsep Mukhtalif al-Hadith Menurut al-Syafii: Tumpuan Khusus Terhadap Kitab Ikhtilaf al-Hadith merupakan satu kajian yang mendedahkan penulis kepada karya-karya turath pengajian Islam. Penulis amat menghargai pengalaman ini dan berharap akan lebih mengenali karya-karya terbaik warisan generasi terdahulu.

Bersambung bahagian 2 di http://ibnnajib.blogspot.com/2011/05/ilmu-mukhtalif-al-hadith-asy-syafii.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan