04 Julai 2011

Najis babi wajib disucikan dengan air tanah

E-mel pilihan kali ini ialah soal jawab tentang babi (khinzir) tentang persoalan siapakah yang menetapkan ia Najis Mughallazah.

SOALAN
Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya, saya ada hadir mendengar ceramah dari Dr Maza, katanya babi sebenarnya tidak ada dalam hukum Islam tentang dalil menyucikan dengan air tanah. Boleh ustaz jelaskannya kerana saya juga dapat tahu ia telah disebarkan melalui youtube.

JAWAPAN
Ya, memang ada satu qaul dari Mazhab Maliki mengatakan ia tidak perlu disucikan sekali dengan air tanah dan bukan kategori najis mughallazoh. Tetapi ia bukan pendapat jumhur ulama kerana tiga lagi Imam yang utama iaitu Imam Hanbali, Imam Hanafi dan Imam Syafi’e berijtihad bahawa ia adalah najis mughallazoh. Di negara kita berpegang Mazhab Syafi’e, maka kena ikutlah. Kalau hendak ikut Mazhab Maliki, maka kita perlu ikut sepenuhnya hukum-hakamnya serta berguru dan menetap di negara Mazhab Maliki itu sendiri. Ini kerana, di negara yang berpegang kepada Mazhab Maliki, terdapat terlalu banyak babi berpelesiran, dan tujuan Imam Maliki mengeluarkan pendapatnya adalah kerana untuk kemudahan pengikut di negara berkenaan.

Babi tidak haram untuk disentuh sebagaimana anjing, tetapi wajiblah bersuci dengan kaedah yang telah ditetapkan usul fiqh. Babi lebih kotor dari anjing (qiyas ulama), maka qiyas yang saya dapat buatkan di sini, memegang babi samalah seperti mencelupkan tangan kita ke dalam air tahi. Tak ada dosa mencelup tangan kita ke dalam air tahi tapi wajiblah membersihkan semula tangan kita. Jika tak bersihkan? Maka barulah berdosa. Kenapa? Kerana itu bermakna kita tidak beribadat kepada Allah. (Bersolat dan mengaji Al-Quran wajiblah dalam keadaan bersih)

Babi dimasukkan dalam Najis Mughallazah kerana ijtihad, ijmak dan qiyas para ulama besar yang telah menghafal Al-Quran (termasuk tajwid, nahwu, asbabun nuzul dan tafsirnya) dan lebih 300 ribu hadis (termasuk nahwu, asbabul wurud dan asnadnya) serta mengetahui hukum hakam Islam. Saya sendiri tidak hafal hadis sebanyak itu walaupun saya ada ijazah sahih bukhari dan kutubus sittah (6 kitab utama hadis), dan saya tidak berani mengatakan kita harus mengikuti Mazhab Maliki atas darurat sekalipun.

Najis Mughallazah adalah hukum Fiqh dan Akidah Usulluddin. Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampurkan dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

APA YANG MEMBUATKAN BABI MENJADI NAJIS?

Sumber firman Allah tentang babi adalah seperti berikut:
Surah Al An'aam: 145
قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَا أُوْحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماً عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَماً مَّسْفُوحاً أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor

Surah An-Nahl: 115
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالْدَّمَ وَلَحْمَ الْخَنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah

Sumber hadis:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ
Ertinya: “Tidak akan berlaku qiamat, sehinggalah Nabi Isa akan turun berada di kalangan kamu sebagai pemertintah yang adil. Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sucinya bejana (bekas air) kamu yang telah dijilat anjing ialah dengan membasuh sebanyak tujuh kali dengan air, salah satu yang utama dengan tanah.” (Muslim).

Apa yang membuat ulama mujtahid mengisytiharkan ia Najis Mughallazah?
1. Kerana qiyas aulawi iaitu babi disamakan ketara dengan anjing.

2. Mengikut pendapat syafi’ie dan hanbali, babi diqiyaskan kepada anjing kerana ia lebih buruk keadaannya daripada anjing dan lebih jahat tabiatnya. (“...dan babi kerana ia babi lebih jahat kelakuan anjing kemudian dan babi” - Kitab Al-Umm)

DALIL IJTIHAD DAN QIYAS

Rasulullah dengan Muadz bin Jabal r.a: "Dari Muadz ibn Jabal r.a. bahawa Nabi SAW ketika mengutusnya ke Yaman, Nabi bertanya: "Bagaimana kamu jika dihadapkan permasalahan hukum? Dia berkata: "Saya berhukum dengan kitab Allah".

Nabi berkata: "Jika tidak terdapat dalam kitab Allah?" Dia berkata: "Saya berhukum dengan sunnah Rasulullah SAW". Nabi berkata: "Jika tidak terdapat dalam sunnah Rasul SAW?" Dia berkata: "Saya akan berijtihad dan tidak berlebih (dalam ijtihad)".

Maka Rasulullah SAW memukul ke dada Muadz dan berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah sepakat dengan utusannya (Muadz) dengan apa yang diredai Rasulullah SAW." (Hadis Riwayat al-Thabrani)

SIAPA BERFATWA TENTANG BABI?

Sahabat Nabi
"Telah ijma’ dan sekata dan ittifaq sahabat-sahabat Rasullullah Sallallahu‘alaihi wasallam, Radiallahuanhu ajma‘in dan ulama Islam: Bahawa daging bangkai, lemak bangkai, minyak yang diproses dari bangkai, tulang yang lembut dari bangkai, dan otak bangkai, dan bahawa daging babi, lemak babi, minyak yang diproses dari babi, tulang yang lembut dari babi, otak babi, dan urat babi semuanya itu haram, dan semuanya itu najis.

Imam Syafi’e
Berkata Al-Imam Al-Syafi’e: "Apabila menajiskan oleh anjing atau babi dengan minum keduanya dalam bejana itu, nescaya keduanya menajiskan air dengan apa benda yang keduanya sentuh dengannya dari badan keduanya, sekalipun tiada ada najis di atas badan keduanya."

Berkata Al-Imam Al-Syafi’e: "Jika seorang berkata: "Bagaimana kamu jadikan anjing atau babi apabila keduanya minum dalam bejana?" Nescaya tiadalah suci bejana itu melainkan dengan tujuh kali basuh. Dijawab kepadanya ialah mengikut perbuatan Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam."

Imam Nawawi
Berkata Al-Imam Al-Nawawi dalam Al-Minhaj:
"Najis itu ialah tiap-tiap benda yang memabukkan yang cair (seperti arak dan tuak) dan anjing dan babi dan anak keturunan keduanya.”

Al-Imam Al-Nawawi dalam Sharh Al-Muhazzab:
"Kita telah sebutkan dalam perkara bulu bangkai yang lain dari bulu manusia ada khilâf padanya, tetapi menurut mazhab yang shahîh adalah bulu bangkai yang lain daripada bulu manusia adalah ia najis, dan khilâf dan se1isih itu pada lain dari bulu anjing dan bulu babi dan anak salah satu dari keduanya. Adapun bulu anjing dan bulu babi dan bulu anak salah satu dari keduanya, maka ulama Syafi’eyyah di Iraq dan berapa golongan ulama Syafi’eyyah di Khurasan berkata bulu anjing dan bulu babi dan bulu anak salah satu dari keduanya adalah najis dan mereka tiada menyebut khilaf ulama Syafi’eyyah padanya."

Imam Shirazi
Berkata Al-Imam Shirazi yang mati tahun 476 Hijriyyah dalam Al-Muhazzab:
"Tiap-tiap binatang adalah ia najis dengan sebab matinya, dan suci kulitnya dengan disamak, iaitu kulit selain dari kulit anjing dan kulit babi…."

Imam Hanbali
Berkata Al-‘Allâmah Ibnu Qudamah Al-Hanbali dalam kitab Al-Mughnî dalam Al-Muzhab Al-Hanbali:

Hukum babi samalah dengan hukum anjing, kerana nas dan dalil telah ada jatuh pada anjing, dan babi lebih jahat keadaannya dari anjing dan berat keadaannya dari keadaan anjing, kerana Allah Ta’ala nash dan sebutkan dalam AI-Qur'an akan haram babi, dan ijmâ’ orang Islam di atas haramnya dan haram memelihara babi.

SUMBER-SUMBER HUKUM PERUNDANGAN ISLAM.
1. Al-Quran
2. Hadis
3. Ijmak (persepakatan ulama yang mujtahid) yakni terbahagi kepada dua yakni:

a. Ijma' Nuthqi / Shoreh: persefakatan yang berbetuk pernyataan yang jelas dengan perkataan atau dengan perbuatan atau kedua-duanya sekali oleh para mujtahidin.

b. Ijma' Sukuti: Persefakatan yang terbentuk pernyataan dari sebahagian mujtahidin sahaja, sedangkan sebahagian yang lain tidak membantah pernyataan tersebut setelah mengkajinya dengan teliti.

4. Qiyas (penyamaan) iaitu terbahagi kepada dua iaitu Qiyas Jaliy (yang amat ketara) dan Qiyas Khafiy (yang tersembunyi). Jenis qiyas pula:

a. Qiyas Aulawi (penyamaan yang utama).
b. Qiyas Musawi (penyamaan yang ketara).
c. Qiyas Dhilalah (Penyamaan dalam petunjuk).
d. Qiyas Syibh. (Penyamaan/Seiras)
e. Qiyas Adna (Penyamaan yang rendah)

13 ulasan:

  1. as salam..saya nak tanya..jika saya telah terpegang barangan kulit babi..perlukah saya sertu ape yg saya telah pegang selepas itu contoh nya pintu kereta,steering kereta..kerusi kerata dan lain2 yang telah saya pegang?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak perlu kecuali ianya basah (berdarah/berlendir)

      Padam
  2. salam...sy accident dgn babi...jadi lumpur yg ade dekat babi tu terkena di moto sy...lepas tu sy basuh dgn air tanah dan sy sapu dgn tangan sy untuk menhilangkan lumpur tersebut...adakah sy kene basuh balik tangan sy dgn air tanah ???

    BalasPadam
  3. Ana nak Tanya...ada anjing berlalu berlakang Ana...tp Ana tak sedar sampai kawan bgtahu dia lalu...and tak pasti kena Ker tak pakaian Ana...bagaimana pendapat ustax? adakah Ana perlu samak? atau bagaimana?

    BalasPadam
  4. asalamualaikum ustaz...da satu kejadian...anjing berlaku belakang saya...tapi sy tak sedar..sampai kawan bagitahu sy....mcm mAna ustax adakah Ana perlu samak? sebab tak pasi kena Ker tak baju sy? mintak ustaz bg respon secepat mungkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, tak perlu kerana kita tidak tahu dan hanya dikhabarkan oleh kawan tetapi sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan kecuali sahabat itu saksi yang adil lagi bukan fasik

      Padam
    2. cuma da was2 erkena Ker tak pakaian sy...mcm mana sy perlu lakukan...adakah anjin tu lalu belakang sy atau lalu jauh sikit dari belakang sy...kwwan sy yg nampak dia kata lalu jauh sikit dari sy...apa pendapat ustaz...

      Padam
    3. tak perlu basuh kerana ianya hanya sekadar waswas

      Padam
  5. Salam....saya lalu d kedai menjual mee yg bcampur khinzir dan tiba tiba saya merasakan lengan saya terkena 2 titisan air yg panas. Saya tidak pasti samada ia air rebusan mee @air rebusan khinzir krn x melihatnya. Sesampai d sebuah kedai muslim, saya mengelapnya dgn menggunakan tisu sblm mencucinya dgn sabun kerana ketiadaan tanah. Selepas itu saya mencuci kedua belah tangan menggunakan sabun seperti biasa. Adakah kedua tgn itu perlu d sertu atau hanya tempat terkena titisan itu sahaja perlu d sertu? Bagaimana pula jika saya hanya mencuci tangan dgn air sabun sahaja krn ketiadaan tanah pada masa tersebut dan tangan yang masih basah itu menyentuh baju, pintu kereta dan sebagainya, adakah ianya berjangkit? Perlukah d sertu semua tempat yang saya pegang tadi dengan tangan basah? Terima kasih atas pandangan anda. Wsalam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika tidak pasti, ia hanya waswas sahaja. Kembali kepada hukum asal, jika tidak pasti dan hanyalah waswas, maka hukumnya tidak mengapa. Ia tidak pula berjangkit ke tempat lain, hanya waswas (mainan syaitan) yang bermain di dalam fikiran

      Padam
  6. salam ustaz..harap ustaz dpt menjawap persoalan sy ini secepat mungkin kerana ia benar2 mengganggu fikiran sy. st hari sy telah terpegang satu plastik dlm freezer kedai cina.sy bukk plastik itu tapi masih tidak dpt mengenal pasti daging apakah itu. persoalan sy, prlukah sy bersuci dgn air tanah dan air mutlak walhal sy was2 dan tidak tahu daging apakah itu.. trima kasih ustaz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbalik hukum asal, tidak perlu kerana ia hanya prasangka dan waswas sedangkan kita tidak tahu

      Padam