10 Februari 2012

Sihir Pemisah (Tafriq) dan Sihir Pengasih (Mahabbah)

Bismillahi, Asaalamualaikum Warahmatullah,
اَلَّلهُمَّ يَا اَللهُ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَمَنْ وَالاَهُ عَدَدَ مَا تَعَلَمُهُ مِنْ بَدْءِ الأَمْرِ وَمُنْتَهَاهُ
Ya Allah Ya Tuhanku, selawat serta salam ke atas junjungan kami Muhammad serta sesiapa yang mengikutinya sebanyak yang Engkau ketahui dari permulaan urusan hingga ke akhirnya. Amma ba’du. Ramai yang mengadu kepada saya, mereka adalah yang pernah diuji musibah sihir. Kebanyakannya mengadu, hampir berputus asa kerana panjangnya tempoh rawatan, berbagai-bagai perawat Islam, bomoh, dukun dan doktor telah ditemui. Ada juga yang perawat Islam, bomoh dan lain-lain memandai-mandai membuat kesimpulan bahawa sihir itu kuat dan ampuh, ada sudah sebati dalam diri atau terdapat jenis sihir-sihir yang tidak ada rawatan baginya dan berbagai-bagai lagi.

Kenyataan ini salah kerana kenyataan yang tiada ragu baginya ialah Allah tidak mencipta sesuatu penyakit melainkan ada diciptakan ubatnya. Masa kesembuhan itu bergantung pada Allah kerana Allah lebih mengetahui keadaan hambaNya itu. Lambat atau cepat, itulah dalam ilmu Allah. Seorang ulama pernah berkata, “Aku telah memohon hajat selama 40 tahun dan barulah Allah memakbulkannya”. Inilah konsep sebenar dalam Islam iaitu jangan berputus asa dan kepada yang sedang mengimpikan sesuatu,  jangan sesekali “hangat-hangat tahi ayam”.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي حُسَيْنٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad Az Zubairi telah menceritakan kepada kami 'Umar bin Sa'id bin Abu Husain dia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Atha` bin Abu Rabah dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan menurunkan ubatnya juga." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Saya ingin mengulas hadis ini, ia mengandungi galakan untuk berubat, Rasulullah telah memberi kepastian bahawa setiap penyakit ada ubatnya melainkan apa yang telah dikecualikan dalam hadis-hadisnya yang lain seperti penyakit tuan, mati dan lain-lain. Kita wajib percaya setiap penyakit adalah ketentuanNya, dan mengubat itu adalah ikhtiar kita melalui doa, ubatan herba, ruqyah, benteng dan menjauhi segala perkara yang menyebabkan kebinasaan seperti syirik, murtad dan lain-lain.

وَقَدْ رَوِي فِي أَثَر إِسْرَائِيلِي أَنَّ إِبْرَاهِيْمَ الْخَلِيْلِ قَالَ : يَا رَبِّ مِمَّنْ الدَاءَ ؟ قَالَ : " مِنِّي " . قَالَ : فَمِمَّنْ الدَوَاءَ " ؟ قَالَ " مِنَّي " . قَالَ فَمَا بَاُل الطَّبِيْبُ ؟ . قَالَ " رَجُلٌ أَرْسَلُ الدَّوَاءَ عَلَىْ يَدَيْهِ

Telah diriwayatkan dalam Atsar Israiliyat, sesungguhnya Nabi Ibrahim Al-Khalil berkata, “ Ya Tuhanku, dari siapakah penyakit itu?” Maka Allah berkata, “ Dari Aku”. Lalu Nabi Ibrahim berkata lagi, “Ya Tuhanku, bagaimana pula dengan perawat (thobib)”. Jawab Allah Taala, “dia adalah lelaki yang diutuskan penawar dengan tangannya” (Disebutkan ia dari Ibnu Abbas, dan bukanlah hadis nabi tetapi hanyalah kisah Israiliyat. Sumber Kitab Zad Al-Maad, Fasal Thib An-Nabawi)

Pernyataan di atas besar manfaatnya walaupun ia bersumber dari kisah Israiliyat yang digarap dari sumber sejarah Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Rasulullah, kerana apa yang ada di dalamnya adalah pengiktirafan Allah terhadap perawat (sama ada perawat Islam, doktor, sensei dan bomoh). Melalui pernyataan di atas, maka kita akan cenderung mencari penawarnya sekali gus menjadi penyebab kekuatan untuk terus sembuh dengan ikhtiar dan usaha yang akhirnya menguatkan kerohanian di dalam diri seterusnya melemahkan penyakit itu.

حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ الْفَضْلِ الأَسْفَاطِيُّ ، ثنا شَبَابٌ الْعُصْفُورِيُّ ، ثنا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ ، ثنا صَالِحٌ الْمُرِّيُّ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَجُلٌ : "يَا رَسُولَ اللَّهِ يَنْفَعُ الدَّوَاءُ مِنَ الْقَدَرِ؟" قَالَ : " الدَّوَاءُ مِنَ الْقَدَرِ وَقَدْ يَنْفَعُ بِإِذْنِ اللَّهِ" ( او قَالَ "الدَّوَاءُ مِنَ الْقَدَرِ هُوَ يَنْفَعُ مَنْ يَشَاءُ بِمَا يَشَاءُ")


Telah menceritakan Abbas bin Fadhl Al-Asfathi, diceritakan Syabab Al-Usfuri, diceritakan Umar bin Asim, diceritakan Shalih Al-Murri, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Ibnu Abbas bahawa seorang lelaki tampil kepada Rasulullah dan berkata, “Adakah penawar itu boleh memberikan manfaat daripada ketentuan (Qadar)?” Maka baginda menjawab : ”Ubat itu adalah daripada Qadar dan ia memberi manfaat dengan izin Allah”. atau dalam dalam riwayat lain menyebutkan:Ubat itu adalah Qadar dan ia memberi manfaat kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan apa yang dikehendakiNya”. (Hadis Riwayat Thabarani di dalam Mu’jam Al-Kabir dan Khalifah bin Khayyat di dalam Musnadnya)

Hadis di atas ini datang dengan sanad yang daif sekali tetapi ia menjadi sebab musabab bahawa penyakit adalah Qada’ dan ubat merupakan QadarNya yang mampu memberi manfaat dengan izin Allah.

Hadis di bawah ini mengandungi dua pengertian, yang pertama Rasulullah telah bertutur dalam bahasa Parsi dan yang keduanya, solat merupakan penyembuh kepada penyakit. Menurut pemikiran ala-ala muktazilah, solat merupakan senaman yang mencergaskan badan dan menurut pandangan Islam liberal (moden) pula, gerakkan tubuh badan itu merupakan senaman.

حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ مُسَافِرٍ حَدَّثَنَا السَّرِيُّ بْنُ مِسْكِينٍ حَدَّثَنَا ذَوَّادُ بْنُ عُلْبَةَ عَنْ لَيْثٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ هَجَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَجَّرْتُ فَصَلَّيْتُ ثُمَّ جَلَسْتُ فَالْتَفَتَ إِلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ اشِكَمَتْ دَرْدْ قُلْتُ نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُمْ فَصَلِّ فَإِنَّ فِي الصَّلَاةِ شِفَاءً حَدَّثَنَا أَبُو الْحَسَنِ الْقَطَّانُ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ نَصْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ حَدَّثَنَا ذَوَّادُ بْنُ عُلْبَةَ فَذَكَرَ نَحْوَهُ وَقَالَ فِيهِ اشِكَمَتْ دَرْدْ يَعْنِي تَشْتَكِي بَطْنَكَ بِالْفَارِسِيَّةِ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ حَدَّثَ بِهِ رَجُلٌ لِأَهْلِهِ فَاسْتَعْدَوْا عَلَيْهِ

Telah menceritakan kepada kami Ja'far bin Musafir telah menceritakan kepada kami As Sari bin Miskin telah menceritakan kepada kami Dzawwad bin 'Ulbah dari Laits dari Mujahid dari Abu Hurairah dia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar ketika matahari sedang terik, lalu aku datang dan solat. Setelah itu aku duduk dan menoleh ke arah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau pun bersabda: "Apakah kamu sakit perut." Jawabku, "Benar wahai Rasulullah." Beliau bersabda: "Solatlah, kerana dalam solat terdapat kesembuhan." Telah menceritakan kepada kami Abu Al Hasan Al Qatthan telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Nashr telah menceritakan kepada kami Abu Salamah telah menceritakan kepada kami Dzawwad bin 'Ulbah kemudian dia menyebutkan hadis semisalnya. Dan dalam hadisnya ia menyebutkan, "Isykamat dard (اشِكَمَتْ دَرْدْ) maksudnya adalah 'Apakah perutmu terasa sakit? ', iaitu dalam bahasa Parsi." Abu Abdullah berkata, "Seorang laki-laki menceritakan hadis kepada keluarganya, lalu mereka bersiap atasnya." (Hadis Daif Riwayat Ibnu Majah Bab Kitab Perubatan)

Hadis di atas bukan menerangkan solat itu senaman, tetapi di dalam solat itu apabila hambaNya berdiri untuk solat, seluruh pemikirannya menumpukan kepada tuhannya sekali gus melawan rasa sakit itu. Kekhusyukan itu dapat meredakan sakit perut tetapi dalam hadis sahih yang lain, kesembuhan sakit perut adalah dengan madu.

Sihir Pemisah (Tafriq) Itu Keji dan Sihir Pengasih (Mahabbah) Itu Jahat
Majoriti ulama mengatakan sihir itu wujud dan terdapat pula khilaf bagaimana keadaan sihir itu. Ada yang mengatakan khayalan, ada yang mengatakan sakit rohani, ada yang mengatakan gangguan jin dan syaitan dan bermacam-macam-macam lagi. Nas dari Al-Quran membuktikan sihir itu wujud dan apa yang dibincangkan di sini iaitu sihir mengenai perkahwinan itu dapat dilihat di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 102 iaitu firman Allah:
فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ
..Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dan isterinya...

Ini menunjukkan ada kemudaratannya terhadap kita dengan izin Allah. Allah mengeji dan mencerca manusia yang mempelajari sihir dan melakukan sihir. Ia kejahatan yang tidak akan diikuti sesiapa melainkan syaitan dari kalangan jin dan manusia serta ketua bagi syaitan iaitu Iblis. Surah Muawwizatain telah diturunkan oleh Allah gara-gara bencana sihir perkahwinan yang dilakukan oleh Labid bin Al-A’saam seorang Yahudi. Ia dilakukan juga oleh seorang wanita penyihir. Dari situlah Allah Taala menyuruh baginda untuk berlindung daripadanya sekali gus mengajar kepada umatnya tentang ayat yang telah diajar oleh Allah kepadanya, dari kejahatan jin dan manusia sama ada lelaki mahu pun perempuan.
يَا اللهُ لَجَأْنَا بِبَابِكَ, وَبِاِسْمِكِ لُذْنًا بِجَنَابِكَ, أَدْخِلْنَا فِي الْحِصْنِ الآمِن, فَضْلاً فِيْ جُمْلَةِ أَحْبَابِكَ
Ya Allah kami berlindung ke pintuMu, dengan namaMu kami berlindung ke pangkuanMu, masukkan kami ke dalam kubu yang aman, sebagai kurniaan dariMu dalam kelompok para kekasihMu.

Allah menyebut ahli sihir perempuan secara khusus untuk menunjukkan bahawa perkara ini kerap dilakukan oleh perempuan dan juga manusia yang datang untuk mendapatkan khidmat ini juga ialah perempuan.

Sihir Itu Pada Adatnya, Pelakunya Perempuan, Yang Mendatanginya Juga Perempuan
Al-Qurtubi di dalam kitabnya Al-Jami li Ahkam Al-Quran menyebutkan bahawa beberapa wanita melakukan sihir terhadap rasulullah adalah terdiri daripada golongan ahli sihir wanita Yahudi. Sihir Itu Pada Adatnya, Pelakunya Perempuan, Yang Mendatanginya Juga Perempuan.

 Ada sesetengah ulama berselisih pendapat bahawa sihir ini terkena kepada Rasulullah kerana Rasulullah itu maksum. Jika sihir itu tidak mempunyai hakikat dan pengaruh, nescaya Allah Taala tidak akan berfirman dan membantu nabiNya lebih-lebih lagi Nabi Musa yang hidup dalam suasana yang penuh dengan sihir. Jika ahli sihir itu tidak mempunyai hakikat dan pengaruh terhadap perbuatan sihirnya, mana mungkin Rasulullah menyuruh dan berpesan kepada umatnya agar berlindung dari sihir, jin dan syaitan serta menghindari dari perbuatan sihir.

حَدَّثَنِي عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا الْمُوبِقَاتِ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ
Telah menceritakan kepadaku Abdul Aziz bin Abdullah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari Tsaur bin Zaid dari Abu Al Ghaits dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jauhilah hal-hal yang membinasakan iaitu menyekutukan Allah dan sihir." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari)

Contoh Sihir Perkahwinan: Disihir Hingga Hampir Bunuh Diri
Seorang gadis kampung yang baru sahaja hidup di bandar kerana bekerja. Dia telah bercinta dengan seseorang di kampungnya namun hidup di bandar telah mengubahnya menjadi seorang yang lebih sosial dan bergaul bebas dengan rakan sekerja lelaki di pejabatnya. Gara-gara cemburu, teman lelakinya melakukan sihir pengasih. Akhirnya gadis itu tunduk dan tidak lagi bergaul.
Malangnya, telah diketahui oleh teman lelakinya itu bahawa gadis itu pernah terlanjur ketika bekerja di bandar. Akibat terlalu marah, lelaki itu memutuskan hubungannya. Gadis tadi merayu-rayu meminta agar tidak ditinggalkan. Akhirnya gadis itu mengambil keputusan untuk membunuh diri. Gadis ini sempat diselamatkan oleh rakan sekerjanya ketika gadis ini naik ke atas bangunan untuk terjun ke bawah. Bahkan terdorong pada gadis ini beberapa kali mengambil pisau dan mengugut untuk menikam dada.  Pernah sekali si gadis ini mencederakan tangannya dengan pisau.
Akhirnya rakan kepada gadis itu membawa gadis itu bertemu saya. Setelah dijampi, keadaan gadis itu seperti sesak nafas, kesakitan pada perut hingga memulas-mulas seolah-olah cirit-birit. Ini menguatkan lagi pendapat saya bahawa gadis ini disihir. Dengan menjampi air dengan surah Al-Fatihah dan Muawwizatain, pesakit diberi minum.
Rawatan berlaku hanya 4 kali berturut-turut dan gadis tadi sudah pun sembuh sepenuhnya. Sambil berpesan supaya kembali kepada ajaran Islam dan menjadi wanita yang soleh, saya juga memberikan beberapa zikir amalan rasulullah dan bukan amalan tarekat atau pun zikir ulama yang tiada nas kesahihannya.

اللَّهُ اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

Contoh Sihir Perkahwinan: Disihir Agar Suami Hilang Selera Bermadu, Tetapi Suami Mati Pucuk
Sejak dua puluh tahun sepasang suami isteri hidup bahagia sehinggalah datang seorang anak dara tua yang mula menceriakan suasana hidup suaminya tetapi musibah kecemburuan pula pada sang isteri. Tanpa membuang masa, si isteri mendapatkan khidmat bomoh dari Pantai Timur agar suaminya hilang nafsu kepada anak dara tua tadi.
Allah Taala menerima kekufuran sang isteri tadi, dan suaminya tiada langsung nafsu pada anak dara tua tadi. Bahkan sama sekali tidak bernafsu pada isterinya sendiri! Teratai layu di tasik madu, suami mati pucuk akhirnya.
Berbagai-bagai bomoh ditemui untuk merawat mati pucuk itu, tetapi gagal juga. Merawat sihir dengan sihir bererti menambahkan syirik dengan syirik. Kufur dan kafirlah perbuatan itu.
Pesakit akhirnya menerima hidayah Allah setelah menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV 9. Ustaz Sharhan telah berjaya menarik perhatian si isteri ini untuk mendapat khidmat rawatan Islam. Akhirnya si isteri bertemu dengan saya bersama suaminya. Beberapa sesi rawatan dilakukan dan ayat amalan turut diberikan iaitu dengan membaca surah Al-Kahfi setiap malam selepas solat Isyak dan juga muawwizatain sebelum tidur. Pesakit dibekalkan minyak zaitun untuk disapu dan buah limau yang dijampi dengan ayat as-syifa untuk dimakan. Alhamdulillah, selang 3 kali sesi rawatan selama seminggu, pesakit pulih seperti asal. Setiap sesi rawatan tersebut, saya tidak habis-habis menasihati si isterinya, nasihat sebagai tazkirah serta saranan bertaubat kepada pasangan suami isteri itu.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

Contoh Sihir Perkahwinan: Dibenci Lelaki
Akibat pertengkaran dengan teman sebilik semasa di universiti gara-gara merebut seorang lelaki yang kurang tampan tetapi bergaya dan kaya, seorang gadis di sihir hingga membenci semua lelaki dan lelaki yang memandangnya turut membencinya. Wanita yang menyihirnya tidak menyedari bahawa Allah Taala menghampakan wanita yang disihirnya dan dikhianatinya bagi memudahkan urusan dia bernikah dengan lelaki itu. Allah membenarkan serangan jin syaitan tukang bomoh kerana Allah hanya melihat dari langit tentang segala perilaku hambanya. Dia bersemayam di ArasyNya, dan dia lagi Maha Mengetahui apa yang ada di bumi dan apa yang ada di langit. Dia lagi Maha Kuasa atas segala-galanya.
Kesan sihir itu membuatkan gadis berusia hampir 40 tahun itu merasa benci, malah semua lelaki itu berbau busuk. Apa yang peliknya, berbau busuk. Beginilah yang diadukan kepada saya, dan saya juga berbau busuk. Ketika berbincang, saya dapati wanita itu tertekan. Akhirnya sesi rawatan dimulakan dan rawatan ulangan selama 7 kali. Pesakit disarankan membaca surah Maryam setiap malam sepanjang sesi rawatan itu.
Pada hari ketujuh, pesakit menceritakan kepada saya semua pengalamannya setelah membaca surah Maryam. Mimpi malam ketiga dia melihat perkuburan terbakar.
Mimpi malam keempat berlaku letupan dahsyat di kubur itu.
Mimpi malam kelima, seorang lelaki berkata dalam keadaan lelaki itu hampir rentung. “Kamu membinasakan saya. Aku cuma ditugaskan sahaja!”
Mimpi malam keenam, mimpi yang indah di mana dia berada di suatu taman yang dihiasi bunga.
Mimpi malam ketujuh, seorang lelaki datang menyarungkan mahkota bunga di kepalanya.

Kesimpulannya, jelas mimpi itu sebagai istikharah gadis itu, mimpi itu memberi alamat bahawa sihir itu mungkin jenis yang ditanam atau dipuja dari kubur, tukang sihir dan jinnya telah tewas dan sihirnya telah binasa. Manakala bunga dan mahkota merupakan tanda bahawa wanita ini akan menemui kebahagiaan. Saya bertanya dengan nada gurau, “Bau saya busuk lagikah?”. Dia menjawab, “Tidak, saya bau kasturi”
بَارَكَ اللَّهُ لَك

Jauhi Perkara Yang Merosakkan Akidah dan Iman
Sebahagian ahli makrifat yang gemar berdusta dalam falsafahnya mengatakan, “Sesungguhnya malaikat maut itu akan muncul kepada seseorang dan berkata, “Sisa usiamu masih ada satu jam dan kematianmu tidak dapat dicepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat” Lalu kelihatan kesal dan duka seseorang itu hingga dia merasakan bahawa jika dia memiliki harta seluruh dunia ini, dia akan menebus dengan menambah baki usianya untuk berbakti kepada Allah dan melaksanakan perintahNya.

Ilmu yang diberikan oleh Allah kepada kita, bertujuan untuk membezakan yang mana haq dan yang mana batil. Kita diberikan pilihan untuk melaksanakannya. Manusia memilih dan Allah mengabulkan apa yang dipilihnya itu sama ada perkara itu salah mahupun betul, Allah tetap membiarkan kita membuat pilihan. Dengan ilmu, kita akan dapat tahu betapa bahayanya dosa. Kita dikurniakan ilmu dan akal kerana dengan dua nikmat ini, kita telah dikurniakan syurga dan neraka. Penyesalan adalah taubat, menyesal dengan perbuatan dan berazam menghentikannya itu adalah taubat nasuha yang sebaik-baiknya. Perkara sihir adalah perkara yang merosakkan akidah dan iman manusia. Bertaubat daripadanya adalah tuntutan agama.

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Manshur berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq berkata, telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Hamam bin Munabbih dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila seorang dari kalian memperbaiki keIslamannya maka dari setiap kebaikan akan ditulis baginya sepuluh (kebaikan) yang serupa hingga tujuh ratus tingkatan, dan setiap satu kejelekan yang dikerjakan akan ditulis satu kejelekan saja yang serupa dengannya".(Hadis Riwayat Bukhari)

Berdoalah dengan doa ini, ijazah saya untuk suami dan isteri semoga dijauhkan dari bencana sihir dan hasad dengki, serta kepada yang baru menyedari bahawa mereka pernah melakukan sihir pada suami/isteri, setelah membaca akan artikel ini, berdoalah. Insya Allah:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat. (Surah Al-Baqarah: 128)

Semua perbuatan tergantung pada niatnya, dan balasan bagi tiap-tiap orang bergantung apa yang diniatkan. Barang siapa niat hijrahnya (azam untuk berubah) kerana dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka perubahannya adalah berhasil dari apa dia diniatkannya. Seorang Muslim adalah orang yang Muslimin yang selamat dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir (orang yang ingin berubah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Wallahu a’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan