04 Mac 2012

Syeikh Albani Buang Hadis dalam Kitab Sahih Bukhari?

Peninggalannya yang paling berharga Imam Bukhari ialah kitab Shahih al-Bukhari. Selain itu ialah kitab al-Tarikh al-Ausath dan al-Tarikh al-Shagheir, kedua-duanya berkenaan biografi perawi hadis dan al-Adab al-Mufrad berkenaan adab dan akhlak. Kitab al-Adab al-Mufrad adalah himpunan hadis (sahih dan dhaif) berkenaan adab sebagaimana yang digambarkan oleh judul kitab itu sendiri. Imam Bukhari menerangkan tentang bolehnya penggunaan maksud dari hadis-hadis yang berstatus daif dalam perkara-perkara berkaitan adab, kelebihan amal ibadat, sejarah (siyar wa maghazi), doa dan lain-lain. Antara syarat untuk menggunakan hadis dhaif ialah tidak menyandarkan hadis itu secara pasti kepada baginda Nabi shallallahu alaihi wasallam. Berbeza dengan hadis maudhu (palsu) yang langsung tertolak dan tidak boleh dijadikan hujah mahu pun untuk tujuan fadhail amal.

Benarkah Al-Albani Membuang Satu Hadis Sahih di dalam Kitab Sahih Bukhari?
Kekeliruan timbul apabila hadis di dalam Kitab Adab Al-Mufrad di campur-campur dengan hadis sahih Bukhari di dalam sebuah buku karangan sesiapa pun tanpa memberi penjelasan, status dan sumber hadis itu sendiri dan terus melabelkan ia sebagai hadis riwayat Bukhari. Sudah tentu ramai yang agak terkejut apabila Syeikh Nashiruddin Albani mendhaifkan hadis ini dan menimbulkan kejutan budaya di kalangan ulama dan muridnya. Sebenarnya, ia bukan di dalam kitab hadis sahih Bukhari tetapi di dalam Kitab Adab Al-Mufrad. Lagi sekali saya ulang, “di dalam Kitab Adab Al-Mufrad”.

Kenapa ada yang terkeliru? Ini kerana tokoh sufi iaitu Dr. Muhammad Tahir Al-Qadri dari Pakistan berfahaman sufi bermazhab Al-Qadiri dan Ulama Berelwi terus menerus mengkritik Syeikh Al-Albani kerana membuangkan beberapa hadis mengenai 'Ali r.a mencium kaki Ibn Abbas r.a di dalam Hadis Sahih.

Siapa Dr. Muhammad Tahir Al-Qadri. Beliau pernah bermimpi dan mendakwa Nabi Muhammad memberitahunya untuk menempah hotel dan tiket pergi dan balik Karachi ke Madinah . Gambar ini cukup jelas menyatakan siapa dirinya.
Gambar ini bukan bertujuan mengaibkannya. Gambar ini hanyalah sebagai fakta menyokong artikel saya.

Apa pula Barelwi? Berelwi ialah pergerakan sufi yang menentang salafi. Saya dedahkan sedikit pegangan sufiyyah mazhab Qadiriah ini. Ulama Sufi Barelwi, Muhammad Yar Faridi menulis:

“Jika Muhammad Yar Faridi percaya Nabi Muhammad menjadi tuhan, maka dia seorang muslim dan bukannya penipu”. [Diwan Muhammadi]

“Wajah Allah itu ada pada Muhammad” [Diwan e Muhammadi, ms 133]

“Seseorang yang kami berkata menjadi tuhan itu dikenali dengan Mustafa. Seseorang yang kami berkata menjadi hamba itu dikenali sebagai tuhan” [Diwan e Muhammadi, ms 151]

Inilah yang saya sudah terangkan kesesatan tarekat tasawuf dan sufiyyah sebelum ini. Mereka melampaui batas dan akhirnya mereka berbuat syirik. Tetapi dengan adanya ulama yang sependapat dengan puak Muktazilah dan Syiah, maka golongan yang tersepit akan menggunakan hujah dan pendapat mereka. Golongan yang tersepit yang saya maksudkan ialah golongan ahlu bid’ah dalam Mazhab Syafii.

Baiklah, rasanya saudara pembaca yang dimuliakan Allah sendiri tahu kenapa saya membahaskannya. Berlanjutan dari itu, apakah hadisnya? Di dalam Kitab Adab Al-Mufrad Imam Bukhari Bab Mencium lelaki.
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْمُبَارَكِ , قَالَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ حَبِيبٍ , قَالَ : حَدَّثَنَا شُعْبَةُ , قَالَ : حَدَّثَنَا عَمْرٌو ، عَنْ ذَكْوَانَ ، عَنْ صُهَيْبٍ , قَالَ : " رَأَيْتُ عَلِيًّا يُقَبِّلُ يَدَ الْعَبَّاسِ وَرِجْلَيْهِ "
Telah menceritakan kepada kami Abdul Rahman bin Al-Mubarak berkata, Telah menceritakan kepada kami Sufiyan bin Habib berkata, Telah menceritakan kepada kami Syuaib katanya, Telah menceritakan kepada kami  Amru, dari Zakwan, Dari Shuhaib berkata: “Saya melihat Ali mencium tangan dan kedua kaki al-’Abbas” (Hadis Mauquf di dalam Kitab Adab al-Mufrad karangan Imam Bukhari. Hadis ini dhaif kerana terdapat Abdul Rahman bin Mubarak bin Abdullah al-aisyi (عَبْد الرَّحْمَن بن المبارك بن عَبْد اللَّه العيشي الطفاوي-wafat 228H) dan bukan Abdullah bin Mubarak sebagaimana yang disangka dan kerana kehadirannya maka Imam Bukhari tidak memasukkan hadis ini di dalam Kitab sahihnya. Ibnu Hajar Al-Asqolani, Dzahabi dan Abu Hatim Ar-razi berkata, dia seorang yang tsiqah. Menurut Ahmad bin Hanbal di dalam Tahzib Al-Kamal Li-Mazi, "tidak mengapa dengannya" melainkan Abu Daud berkata enggan berkata mengenainya atau dalam kata lain, ia seorang munkar).

Berkata Al-Albani, hadis di dalam Kitab Adab Al-Mufrad ini dhaif dan sanadnya mauquf. Hadis mauquf ialah hadis yang disandarkan kepada sahabat nabi yang tidak berkaitan dengan perilaku dan kata-kata rasulullah. Pertentangan ini kerana mencium kaki adalah perilaku yang tidak baik dalam Islam. Perbuatan mencium kaki seolah-olah bersujud pada makhluk, dan tiada dalil sahih membenarkan sujud makhluk sesama makhluk apatah lagi pada ulama atau guru. Jika ada, hanyalah qiyas terhadap isteri sujud suami dan anak lelaki sujud kepada ibu iaitu melambangkan kepatuhan isteri kepada suami wajiblah melebihi segala-gala makhluk dan harta di dunia selama mana suaminya tidak menyuruh berbuat maksiat dan kepatuhan anak lelaki kepada ibunya wajiblah melebihi segala-gala makhluk dan harta di dunia selama mana ibunya tidak menyuruh berbuat maksiat.

Sebagaimana sikap salafi terhadap kitab Ihya Ulumuddin, Kitab Fadail Amal dan lain-lain kitab yang isinya penuh dengan hadis maudhu, sama jua pandangan dan ulasan mereka kepada Kitab Adab Al-Mufrad ini. Tiada salahnya kita mengulas tentang daif dan palsu sesebuah hadis di dalam mana-mana kitab kerana kehadiran hadis maudhu dan daif inilah penyebab utama kenapa ulama berselisih pendapat hingga mewujudkan aliran mazhab dalam ahlusunnah yang terpecah kepada 15 mazhab dan pada zaman sekarang hanya dapat disaksikan berbaki empat mazhab sahaja iaitu Maliki, Hanafi, Syafii dan Hanbali. Bayangkan, dalam Mazhab Syafii sendiri terpecah kepada aqidah bukan dari aqidah Imam Syafii seperti Al-Asyariah, Maturidiah, Junaid Al-Baghdadi, Sufiyyah, Tareqat-tareqat dan bermacam-macam-macam lagi jenama. Jenama-jenama inilah yang berpegang dengan konsep aqidah masing-masing.

Kenapa Hadis Maudhu Tidak Boleh Dijadikan Fadhail Amal?
Imam Baihaqi, Imam Hakim, Imam Thabrani, Ibnu Saad, Ibnu Hazm dan Imam at-Thabari pernah dituduh Syiah kerana banyak membawa hadis Syiah dan hadis yang menghina sahabat besar nabi iaitu Abu Bakr r.a dan Umar r.a. Tuduhan itu berdasarkan pada suatu pendapat bahawa antara mereka telah mendahulukan kedudukan Ali bin abi Thalib, membawa hadis menghina sahabat biarpun mereka tidak pernah mencela salah satu sahabat. Tetapi yang jelas dan nyata ialah Imam Baihaqi dan Imam Hakim kerana mereka berada di dalam lingkungan ulama ahlu sunnah yang paling banyak dijadikan rujukan ulama ahlu sunah di dalam kitab masing-masing. Sekali lagi saya cuba nyatakan di sini,

“Mereka itu menghimpunkan semua kisah yang sampai kepadanya sama ada benar, palsu dan rekaan, lalu di tulis di dalamnya berserta sanad dan perawinya. Mereka menghargai ilmu, oleh sebab itu mereka mencatatkan apa yang mereka terima di dalam kitab masing-masing tetapi mereka tidak lupa memberikan sanad dan mencatatkan perawinya. Maka telah selesai tugas mereka ini agar dapat menjadi rujukan dan ulasan di masa hadapan agar masyarakat tahu hadis mana sahih dan hadis mana palsu”.

Imam Adz-Dzahabi berkata, “ aku telah mendengar Al-Muzhaffar bin Hamzah, ketika di Jurjan, ia berkata, “aku telah mendengar Abu Sa’ad Al-Malini berkata, “aku telah melihat kitab Al-Mustadrak ‘ala Ash-Sahihain karya Imam Abu Abdillah Al-Hakim. Setelah aku periksa dari hadis pertama sampai terakhir, maka aku tidak menjumpai hadis yang sesuai dengan kriteria Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim.”

Dan, dari segelintir orang yang mengikuti aqidah Syiah (secara tidak langsung ini), gurunya yang memiliki hubungan kepada mereka dan yang mengikuti Ahlus Sunnah wal Jamaah. Di samping itu, mereka juga berpegang teguh pada aqidah Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari (yang berasal dari Muktazilah, bertaubat dengan menghasilkan Kitab Al-Ibanah bagi membersihkan kitab lamanya tetapi kitab lamanya menjadi rujukan hingga kini, sedikit sebanyak menodai aliran mazhab Syafii dengan fahaman muktazilah) seperti syeikh Abu Bakar Ibnu Ishaq As-Shibghi, Abu Bakar bin Furak, Abu Sahal Ash-Shu’uluki dan yang lainya. Orang-orang seperti mereka inilah yang selalu mereka berlumba mengikuti pengajiannya dan menyampaikan kepada mereka dasar-dasar agama dan sejenisnya.

Saya ingin mengupas isu ini agar sahabat KAGAT, ustaz dan juga lain-lain tidak terjerat dengannya. Saya perlu berhati-hati dengan isu ini kerana apabila saya mengupas isu ini kelak, sudah pasti saya akan menjadi objek kebencian kecuali mereka yang benar-benar faham kenapa hadis maudhu tidak boleh dijadikan fadhail amal. Apabila saya mengkritik Kitab Fadhail Amal, Kitab Kuning, Kitab Ihya Ulumuddin, dan lain-lain kitab yang membawa hadis palsu tanpa memberikan sanad atau statusnya, sesetengah pembaca marah dan mula menyerang peribadi dan artikel saya. Tetapi apabila saya menulis artikel mengenai Kristian dan Syiah, semua senyap.  Sebenarnya, "mereka sebenarnya tidak tahu apa yang marahkan."

ISU SYIAH MENGHINA SAHABAT DITINJAU DARI HADIS AHLU SUNNAH
Saya tertarik dengan beberapa Syiah Imamiah yang datang berbahas dengan saya dengan hadis riwayat Baihaqi. Ingin sekali saya berkongsi di sini. Saya cuba datangkannya dengan sanad walaupun dalam perbahasan ahlu bait sunni dan ahlu bait syiah tempoh hari, mereka datangkan hadis tanpa perawi dan statusnya. Pertama sekali mereka mengutip hadis sahih Mutaffaquh Alaihi (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Hadis Mengenai Azl (mencabut zakar ketika ejakulasi):
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَسْمَاءَ حَدَّثَنَا جُوَيْرِيَةُ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ ابْنِ مُحَيْرِيزٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ أَصَبْنَا سَبْيًا فَكُنَّا نَعْزِلُ فَسَأَلْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَوَإِنَّكُمْ لَتَفْعَلُونَ قَالَهَا ثَلَاثًا مَا مِنْ نَسَمَةٍ كَائِنَةٍ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلَّا هِيَ كَائِنَةٌ
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad bin Asma` Telah menceritakan kepada kami Juwairiyah dari Malik bin Anas dari Az Zuhri dari Ibnu Muhairiz dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata; Kami mendapatkan tawanan, lalu kami pun melakukan 'Azl, maka kami menanyakannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Apakah kalian benar-benar melakukannya?" beliau mengatakannya sebanyak tiga kali. Beliau melanjutkan: "Tidak ada sesuatu pun yang telah ditetapkan terjadi hingga datangnya hari kiamat, kecuali ia pasti terjadi" (Hadis Sahih Bukhari No 4809, di dalam Bab Nikah, di dalam hadis ini terdapat Juwairiyahbin Asma bin Ubaid perawi yang jujur terhadap apa yang diberitakan dan perawi tersebut tidak bermasalah (cacat dalam periwayatan). Dan juga Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidillah bin 'Abdullah bin Syihab perawi Shaduq, buruk hafalannya tetapi seorang yang jujur terhadap apa yang diberitakan, tetapi ia memiliki hafalan yang buruk dan sering keliru dalam periwayatan. Hadis Riwayat Muslim No 2600 di dalam Bab Nikah dari jalur Abdullah bin Muhammad bin Asma)

Hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh. Di dalam kisah di atas, tawanan perang tadi dihukumkan sebagai hamba. Di dalam kes ini, ia dalam keadaan darurat yang munasabah. Keadaan budaya pada zaman itu masih lagi terdapat jual beli hamba, dan Al-Quran sedang diturunkan ayat demi ayat melalui riwayat yang lainnya. Ia berbeza dengan istilah hamba seks pada zaman sekarang memandangkan tiada lagi perhambaan pada zaman sekarang selepas Islam sudah lengkap. Malah Nabi sendiri menjadikan pembebasan hamba sebagai perkara sunah dan diikuti oleh sahabat ajmain hingga terhapuslah amalan hamba abdi. Pada abad ini, orang gaji dan amah sudah dibayar gaji. Tahanan perang sudah mendapat lindungan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Seandainya hukum perhambaan ini kita bandingkan dengan zaman selepas zaman nabi, sudah tentunya ia bercanggah.

Untuk hadis ini, saya akan kupas ia melalui rujukan dari Al-Quran iaitu:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ
dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.  kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (surah An-Nisaa: 3)

Kemudian Allah lanjutkan lagi seruan bernikah dengan hamba perempuan yang dimiliki iaitu:
وَمَن لَّمْ يَسْتَطِعْ مِنكُمْ طَوْلاً أَن يَنكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِن مِّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. (surah An-Nisaa: 25)

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ . إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
dan mereka Yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela (Surah Al-Mukminun: 5-6)

Menaiktarafkan hamba sehingga terhapusnya amalan dan budaya perhambaan suatu masa dahulu yang berlangsung berabad lamanya sebagaimana kita telah dengar kisah Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar seorang hamba yang di hadiahkan Sarah. Ini sebagai bukti bahawa bukanlah Syiah yang menghapuskan budaya perhambaan.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ وَابْنُ حُجْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ عَبْدِي وَأَمَتِي كُلُّكُمْ عَبِيدُ اللَّهِ وَكُلُّ نِسَائِكُمْ إِمَاءُ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَقُلْ غُلَامِي وَجَارِيَتِي وَفَتَايَ وَفَتَاتِي

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah serta Ibnu Hujr mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami Isma'il yaitu Ibnu Ja'far dari Al 'Ala dari Bapaknya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu berkata; 'Abdi (hai budakku) atau Amati (hai budak perempuanku/sahayaku), karena kamu semua adalah 'Abiidullah (budak atau hamba Allah) dan kaum wanita adalah Imaaullah (hamba sahaya Allah). Tetapi katakanlah; Ghulaami (pelayanku) dan Jariyati (pelayan perempuanku) atau Faataya (pemudaku) dan Fataati (pemudiku)." (Sahih Muslim No 4177 Bab Huku Memutlakkan Hamba. Dalam riwayat lain, “Anak mudaku, dan anak mudiku serta anak laki-lakiku.")

Perbudakan berlaku bila ada peperangan antara Muslimin dan kafir harbi (kafir yg memerangi dengan terang terangan) dan kaum kafir yang kalah maka mereka menjadi tawanan dan hamba. Setelah perkembangan Islam sepenuhnya pada zaman nabi dan sahabat, para budak itu hasil tawanan perang yang diperjualbelikan sedikit demi sedikit terhapus, kerana para budak musyrikin terus dibebaskan dengan masuknya mereka kepada Islam. Tradisi perhambaan ini terus terhapus sedikit demi sedikit.

Bolehkah disetubuhi budak?
Sebelum itu kita tinjau dahulu, hukum bolehkah disetubuhi budak hamba sahaya tawanan perang? Jawapannya boleh disetubuhi dengan syarat yang sangat banyak, tidak semudah menyetubuhinya begitu saja, tapi di antaranya:

a. Budak hasil tawanan perang yang diambil dari kafir harbi yang kalah perang.
b. Dibayar dengan mahar tertentu dan perjanjian tertentu
c. Bila hamil maka ia harus dijaga, dan anaknya kelak hukumnya adalah bebas dan anak itu mendapat hak waris,.
d. Tidak boleh menyetubuhi budak yang mempunyai suami.
e. Tidak boleh disetubuhi oleh orang lain bila sudah disetubuhi oleh tuannya, tak pula boleh disetubuhi oleh anak tuannya walau tuannya telah wafat,
f. Tidak pula dibolehkan menyetubuhi hamba sahaya yang bukan Muslim walaupun ahlul kitab
g. Bila telah menyetubuhinya maka haram menyetubuhi puteri hamba sahaya itu dan ibu dari hamba sahaya itu, dan bila ia telah menyetubuhinya lalu mempunyai keturunan maka jika tuannya wafat maka budak wanita itu dan keturunannya bebas.
h. Zaman peperangan antara Islam dan Kafir harbi hingga berlaku darurat dan banyak rukhsah.
 (Sumber Kitab Al-Umm Imam Syafii, Kitab Al-Mughni Fiqh Mazhab Hanbali dan Kitab Subul as-salam karya Imam Ash-Shan'ani).
Masih banyak lagi syarat permasalahan Wath’ul amah (menyetubuhi hamba sahaya wanita) dan ia agak pelik untuk diutarakan di sini kerana kita tidak berada pada zamannya. Peredaran zaman banyak mengubah tamadun manusia itu sendiri. Saya mencatatkannya serba sedikit di sini <--

Kemudian perbahasan kedua mengenai hadis maudhu dan terlampau daif sebagaimana riwayat  di bawah ini.

Hadis pertama:
أَخْبَرَنَا أَخْبَرَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ بْنُ بِشْرَانَ الْعَدْلُ بِبَغْدَادَ، أنا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُحَمَّدٍ الصَّفَّارُ ، ثنا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ عَفَّانَ ، ثنا ابْنُ نُمَيْرٍ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ ابْنِ عُمَرَ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ،  أَنَّهُ كَانَ إِذَا اشْتَرَى جَارِيَةً كَشَفَ عَنْ سَاقِهَا وَوَضَعَ يَدَهُ بَيْنَ ثَدْيَيْهَا ، وَعَلَى عَجُزِهَا ، وَكَأَنَّهُ كَانَ يَضَعُهَا عَلَيْهَا مِنْ وَرَاءِ الثَّوْبِ
Dikhabarkan kepada kami Abu Hasain bin Bishran Al-Adlu Al-Baghdadi. Saya Ismail bin Muhammad Suffar, diceritakan Hasan bin Ali bin Affan, dicertakan Ibnu Numair, dari Ubaidullah bin Umar, dari Nafi’ Abu Husain bin Nafi’i meriwayatkan bahawa ketika Ibn Umar ingin membeli budak wanita, ia (ibn Umar) akan memeriksa dengan memeriksa kakinya dan meletakkan tangan di antara payudara dan punggungnya “ (Hadis Mauquf Riwayat Baihaqi di dalam Sunan Al-Kubro No 9988. Hadis ini terdapat Abu Hasain bin Bishran Al-Adlu Al-Baghdadi (wafat 415H) seorang yang berdusta dan majhul. Sanad perawi terlalu panjang peredaran masanya, mustahil hanya Baihaqi sahaja meriwayatkannya)

Hadis ini mungkin dipandang taboo dan terus dijadikan umpan dan perangkap untuk melemahkan iman orang Islam. Agama Syiah sangat membenci agama Islam sebagaimana yang kita ketahui. Jika agama Sikh dari Tarekat Qadiani bertujuan untuk mencipta pengaruh terhadap orang hindu untuk memeluk Islam dengan mendatangkan sihir dan pelbagai ajaran baru bertentangan dengan Islam hingga terkeluar dari Islam, demikian juga agama Syiah yang mencipta ketegangan untuk mencipta pengaruh terhadap orang beragama Islam dengan mendatangkan fitnah dan mengatakan Aisyah pelacur, Umar kafir semua sahabat nabi kafir, maka inilah sebabnya kita menggelari mereka ‘agama Syiah’ kerana mereka tidaklah Islam lagi.
Kata Syiah lagi, mereka mendapat respons dari ulama ahlu sunah, hadis ini sebagai qiyas untuk memilih hamba sahaya yang sihat dan cergas dan tidak berpenyakit. Tidak salah Ibnu Umar memeriksanya. Tapi saya menjawab, hadis ini daif sekali dan lemah yang sekali.
Lalu puak agama syiah berkata, Al-Albani Wahabi menyatakan riwayat tersebut hasan di dalam “Mukhtasir Irwa Al-Ghalil Fi Takhrij Ahadits Manar Al-Sabil. Saya menjawab, saya tidak menemuinya tetapi jika benar katamu, ini mungkin al-syeikh melihat dari sudut yang kamu beritahu tadi kerana setiap orang melihat hadis dengan pendapat yang berbeza. Seandainya dia (Albani) tahu bahawa kamu semua melihat hadis ini sebagai maksud Ibnu Umar ‘meraba-raba budak di tengah pasar tanpa kerelaan’, maka sudah tentu al-syeikh akan berkata hadis ini palsu.

Hadis Kedua:
قَالَ : أَخْبَرَنَا قَالَ : أَخْبَرَنَا الْفَضْلُ بْنُ دُكَيْنٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا أَبُو خَلْدَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْمُسَيَّبُ بْنُ دَارِمٍ ، قَالَ : رَأَيْتُ عُمَرَ وَفِي يَدِهِ دِرَّةٌ ، فَضَرَبَ رَأْسَ أَمَةٍ حَتَّى سَقَطَ الْقِنَاعُ عَنْ رَأْسِهَا ، قَالَ : " فِيمَ الأَمَةُ تَشَبَّهُ بِالْحُرَّةِ ؟ "
Dikhabarkan kepada kami, berkata: Dikhabarkan kepada kami Fahlu bin Dukain berkata, Dikhabarkan kepada kami Abu Khaldah berkata, diceritakan kepada kami Al-Musayyab bin Darum berkata : “Aku melihat Umar memegang tongkat di tangannya dan memukul seorang budak perempuan hingga penutup kepalanya (kerudung) terjatuh, lalu ia (umar) berkata : “Mengapa berperilaku seperti wanita merdeka” (Hadis Mauquf Riwayat Ibnu Saad di dalam Tabaqat Al-Kubra, Musnaf Ibn Abi Syaibah dan riwayat ini juga ada di dalam Kanzul Umal. Hadis ini terdapat Fadhlu bin Dukain, perawi yang berdusta)

Kata puak agama Syiah, Ibnu Hajar dalam ‘al-Diraya’ dan Albani Wahabi dalam ‘Irwa al-Ghalil’ menyatakan kedudukan riwayat tersebut ‘hasan sahih’. Salahkah seorang budak wanita menggunakan hijab? Apa motif Umar melarang seorang wanita menggunakan kerudung? Jawapan ini sudah saya jawab pada hadis mengenai azl iaitu hukum fiqh hamba budak perempuan berbeza dengan hukum wanita merdeka. Malah, bab solat dan puasa juga berbeza. Perlukah saya ulang semula kata-kata tadi?

Sebenarnya ada lagi hadis, tetapi ia seperti di dalam Kitab Al-Kafi iaitu kitab sahih agama Syiah. Saya sudah jelaskan kandungan isi Kitab Al-Kafi di dalam artikel Edisi Membongkar Kesesatan Syiah yang lalu.  Dan saya menolak semua kitab Al-Kafi yang diusulkannya kerana kitab sesat agama Syiah itu setanding kitab hindu. Mereka membentangkan juga kenapa perlu memanggil budak perempuan sebagai jariah? Jelas ia bercanggah dengan Kitab Al-Kafi, Mukhtalaf al-Syiah dan kitab Al-Istibshar. Jawapan sudah diberi terlebih awal dari hadis Imam Muslim tadi.
Mereka bertanya lagi, kalau benar budak hamba tawanan perang kafir harbi itu halal disetubuhi setelah dipenuhi syarat, maka bagi kami pula nikah mut’ah lebih mulia dari itu kerana hubungan kelamin dijalankan dalam ikatan perkahwinan.
Saya berkata, Imam Mahdi kamu nikah mut’ah juga? Hasan dan Husain nikah mut’ah juga? Jawablah!
Mereka mula marah dan membebel dan menuduh saya kafir kerana menghina Hasan, Husain dan Imam Mahdi mereka.
Jadi dari mana amalan nikah mut’ah kamu itu? Nabi, sahabat dan keluarga nabi ahlul bait tidak pernah nikah mut’ah. Kamu puak pelampau yang merosakkan nama baik ahlul bait.

~ Bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan