05 Mei 2012

Petua Melebatkan Misai (Kumis), Janggut dan Jambang

Mungkin ada di antara kita yang menginginkan janggut, misai dan jambang. Ada yang kerana hendak bergaya, meniru artis atau ingin kelihatan macho. Tetapi, yang lebih baik dan afdal ialah, kerana mencontohi salah satu sifat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Kaedahnya ada berbagai-bagai-bagai, antaranya:

CARA MUDAH: PUTIH TELUR
Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk cita rasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insya Allah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.

CARA KEDUA: TELUR UDANG
Cuba cari telur udang. Telurnya selalunya boleh ditemui di bahagian kepalanya. Kalau boleh dapat udang galah lagi cantik sebab telurnya lebih banyak kerana saiznya yang besar. Sebelum tidur malam, telur udang disapu pada tempat-tempat yang diinginkan sama ada misai, jambang dan janggut.  Sebelum itu jangan lupa untuk cukur sedikit bahagian yang akan dilumurkan. Cukur dan disapu telur tersebut. Insya Allah, lepas 2-3 kali bulu misai tu akan mula tumbuh.

CARA KETIGA: MINYAK BON ATAU TANCHO
Minyak bon atau tancho boleh digunakan untuk melebatkan janggut dan jambang.

CARA RUMIT: MINYAK SAPI
Cairkan minyak sapi dari lemak sapi (lembu betina). Setiap malam selepas mandi, tuamkan dengan kain dengan air suam ke dagu dan pipi dan melingkari pipi kita seperti jambang. Tuamkan ke muka kita sehingga tempoh yg kita rasa puas hati. Tuaman air panas suam dgn kain ke dagu dan pipi adalah salah satu cara mahu mengaktifkan benih bulu roma yang ada di dalam kulit kita. Selepas daripada proses itu, ambil minyak sapi yang telah dicairkan tadi, kemudian sapukanlah mengikut daerah mana yang kita kehendaki agar janggut itu tumbuh dengan subur.
Minyak sapi gunanya utk menyuburkan dan menggalakkan proses pertumbuhan janggut di muka kita. InsyaAllah, cubalah dengan penuh keyakinan. Pastikan minyak sapi itu minyak sapi yang original, bukan campuran mana bahan asing atau bakteria.

CARA BELI: MINYAK FIRDAUS (FIRDAUS OIL)
Bahannya dari minyak telur. Dipakai sehari dua kali , pagi dan petang, goncang botol sebelum menggunakan dan ambil sedikit minyak firdaus secukupnya dan gosokan ke daerah yang ingin ditumbuhi bulu, tunggu hingga meresap.
Harga :  RM 23.00 - RM30.00 seunit

Ingatan: 
Namun begitu, semua itu bergantung pada hormon, cara kehidupan anda (cergas) dan cara pemakanan anda (protein yang tinggi serta daging). Segala-galanya ikhtiar sahaja dan ini adalah kaedah tradisional bagi orang Asia Tenggara.

15 ulasan:

  1. Di mana nak dapat kan Firdaus oil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Toko material bangunan kayaknya

      Padam
  2. putih telur tu maksudnya, putih telur yg jernih langsung dari telur, mentah/belum masak, begitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini komen sy, kenapa admin approve je, tapi x reply :((

      Padam
  3. mana cara yg paling berkesan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini ikhtiar sahaja, kerana genetik keturunan juga main peranan. Wallahu a'lam

      Padam
  4. salam,
    Minyak MBR adalah salah satu minyak yang boleh dicuba utk menumbuh dan melebatkan janggut,jambang & rambut.Ramuannya dari bahan semulajadi tradisi kuno kaum india. Baunya juga kini diperbaharui lebih harum dan sesuai di pakai ketika dipejabat sekalipun.Memang terbukti berkesan sejak dulu lagi.Skrg sgt laris di indonesia sbb keberkesanannya.boleh dapati dari saya cuma RM17 sebotol, lawat fb sy
    https://www.facebook.com/minyak.mbr.malaysia @ sms/whatsapp_0172357948

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, sesiapa sahaja boleh dapatkan pada Tuan Nasrul

      Padam
  5. lepas dah sapu putih telur kena basuh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepaas sapu goreng trus la hahaa

      Padam
  6. hahaha......klu nk berkesan ambil putih telur ayam kampung okeyyy......

    BalasPadam
  7. Saya dah guna minyak bon dan mmg ada improvement.tp sebelum tu pastikan kulit anda sentiasa bersih.lepas cuci muka dgn air suam,saya sapukan minyak bon.effect x de la terlalu cepat..amik masa 2/3 minggu untuk kesan.putih telur penah try tp sy x pasti samada berkesan atau tak sbb buat selama 3 hari ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro kalau pkai mnyak bon tu kene ckur kan?ckur lcin skali je ke atau stiap hari..

      Padam