24 Jun 2012

Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Bukan Mahram

Kini timbul pula isu Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi (Bukan Mahram). Ada yang kata harus, ada yang kata haram, ada yang kata makruh dan ada kata hukumnya bergantung pada keadaan. Jika keadaan darurat seperti akan datang bahaya mudarat ke atas wanita contohnya menyelamatkan dari lemas, jatuh gaung/bangunan, membawa lari dari kawasan perang, dari bangunan kebakaran, dari hanyut banjir/tsunami dan seumpamanya, situasi ini hukumnya harus dan menjadi wajib pula jika ia benar-benar mudarat yang akan menyebabkan kematian.

Bagaimana pula jika tiada mudarat? Bagi lelaki muslim fasik atau lelaki jahil, mungkin ini suatu kebiasaan. Tetapi bagaimanakah pula bagi lelaki muslim yang beriman (mukmin)?

Kononnya, hukumnya harus dan ada pula berkata hukumnya sunat bagi wanita ajnabi bersalaman dengan tangan Tok Syeikh, Wali, Syeikh Tarekat, Syeikh Sufi dan ulama Muhaddits untuk mengambil berkat. Malah ada tarekat pula mengatakan wajib ketika hendak berbaiat. Jadi, apakah semua ini betul?

Awal mula pertama mula, mari kita tinjau fatwa di Malaysia terlebih dahulu.

Keputusan Fatwa Kebangsaan (Malaysia)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam. Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-berjabat-tangan-dengan-wanita-ajnabi


Kemudian saya datangkan fatwa dari ulama yang sering menjadi sebutan pada kurun ke belakangan ini.

Pandangan Dr Yusuf Qaradhawi

Pada beliau, diharuskan berjabat tangan dengan bukan mahram dengan dua syarat.
1. Pertama, adanya keperluan darurat (أن تكون هناك ضرورة).
2. Kedua, aman daripada fitnah (وحال أمنت الفتنة).
Ia dibolehkan kerana beliau mendapati hadis yang menegah lelaki menyentuh wanita (termasuk berjabat tangan) tidak terbukti kesahihannya.

Fatwa keharusan berjabat tangan dengan bukan mahram ini, beliau sembunyikan selama beberapa tahun bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap beliau.
Pada seminar ulang tahun 60 tahun mengingati ulama Qatar iaitu Sheikh Abdullah bin Zaid Al-Mahmoud tahun 1995, Beliau juga mengatakan,
إن كثيرا من العلماء المعاصرين يتخوفون من إعلان اجتهاداتهم التي تخالف الآراء السائدة
“ramai ulama masa kini bimbang untuk mendedahkan kepada awam fatwa-fatwa mereka yang bercanggah dengan pandangan dan pegangan umum masyarakat”.

Beliau mendedahkan, beliau tidak berani mendedahkan fatwa ini selama beberapa tahun lamanya. Beliau kemudiannya menyiarkannya dalam bukunya, Fatawa Mu’asirah (فتاوى معاصرة), juzuk kedua.

Malangnya beliau tidak merujuk mana-mana hadis yang sahih tentang bolehnya berjabat atau menyentuh tangan wanita ajnabi. Penyemakan lanjut telah saya buat dan saya menemui dua rujukan Dr Yusuf Qardhawi iaitu:

حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ إِنْ كَانَتْ الْخَادِمُ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ وَهِيَ أَمَةٌ تَأْخُذُ بِيَدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَا يَنْزِعُ يَدَهُ مِنْهَا حَتَّى تَذْهَبَ بِهِ حَيْثُ شَاءَتْ
Telah menceritakan kepada kami Abdush-Shamad, telah menceritakan kepada kami Syu'bah, telah mengkhabarkan kepada kami 'Ali bin Zaid dari Anas berkata, Pernah seorang budak wanita Madinah memegang tangan Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam. Dan beliau tidak melepas tangannya sampai budak itu membawa pergi nabi sekehendaknya. (Hadis Riwayat Ahmad. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Kitab az-Zuhd Bab berlepas diri dari sifat sombong dan menghiasi diri dengan sifat tawadhu' No Hadits: 4177. Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud No Hadits: 4818 dari jalur Muhammad bin Isa bin Thabba' dan Katsir bin Ubaid. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, hadis ini dhaif)

حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ إِنْ كَانَتْ الْأَمَةُ مِنْ إِمَاءِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ لَتَأْخُذُ بِيَدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَنْطَلِقُ بِهِ حَيْثُ شَاءَتْ
Anas bin Malik dia berkata; "Sekiranya ada seorang budak dari budak penduduk Madinah mengganding tangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sungguh beliau akan beranjak bersamanya ke mana budak itu pergi." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari. Imam Bukhari menyebutkan hadis ini secara Mu'allaq. Yang dimaksud oleh Ibnu Hajar di dalam Kitab Fathul Bari, dengan penjelasan di atas bahwa makna hadisnya bukan memegang hakiki, namun maksudnya adalah bahwa Nabi memenuhi panggilan dan kehendak wanita tersebut dengan penuh ketawadukan dan kelembutan sesuai dengan perletakan hadis ini di dalam Kitab Adab Bab Tentang Sifat Sombong)

Bantahan Pertama: Ada kemungkinan Imam Bukhari memasukkan hadis tersebut atas alasan bertabaruk kepada Nabi. Saya tidak menemukan dari kalangan ulama yang menyimpulkan dengan hadis di atas tentang bolehnya menyentuh dan berjabat tangan dengan wanita bukann mahram. 
Tetapi, berbeza dengan Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, tidak mengapalah berjabat tangan antara lelaki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat lelaki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti sepupu perempuan baik dari pihak ibu mahu pun dari pihak ayah, atau isteri bapa saudara, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu setelah lama tidak berjumpa.

Bantahan kedua: Apa yang saya nampak di sini ialah budak wanita yang mana hukum budak (khadam/hamba) itu sendiri berbeza dengan hukum wanita merdeka.

Bantahan Ketiga: Jika memang hadis di atas memiliki makna bolehnya menyentuh dan bersalaman wanita ajnabi, maka nescaya sahabat, para tabiin dan para ulama salaf akan menjelaskannya atau akan memberikan isyarat atau mendahuluinya terlebih dahulu.

Pendapat Dr Yusuf Qardhawi ini bertentangan dengan Syeikh Al-Bana sendiri yang di dalam kitab الفتح الربانيbahawa haram berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah dan menyentuh kulitnya tanpa ada pelapik.
Ini bukan acara membatalkan air sembahyang. Gambar bukti bolehnya Yusuf Qardhawi bersalaman dengan wanita yang kononnya ini adalah fatwa bagi mengelakkan kekeliruan (بعض الفتاوى تجنبا للتشويش). Beliau meletakkan dua syarat tetapi nampaknya syarat ini tidak dipatuhi oleh beliau sendiri. Wallahu a'lam.

Video Dr Yusuf Qardhawi bersalaman dengan wanita ajnabi (anak perempuan ketua pembangkang Anwar Ibrahim)

Hadis Yang dijadikan sandaran boleh pegang tangan wanita ajnabi
Mungkin inilah hadis yang menjadi sandaran berpegang tangan atau bersalaman dengan wanita bukan mahram. Berikut adalah hadisnya:
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَرَأَ عَلَيْنَا {أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا} وَنَهَانَا عَنْ النِّيَاحَةِ فَقَبَضَتْ امْرَأَةٌ يَدَهَا فَقَالَتْ أَسْعَدَتْنِي فُلَانَةُ أُرِيدُ أَنْ أَجْزِيَهَا فَمَا قَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَانْطَلَقَتْ وَرَجَعَتْ فَبَايَعَهَا
dari Ummu 'Athiyyah radliallahu 'anha ia berkata; Kami berbai'at kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lalu beliau pun membacakan ayat kepada kami: "Dan janganlah mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu." Kemudian beliau juga melarang kami untuk melakukan Niyahah (meratap saat tertimpa musibah dan meratapi mayat). Lalu seorang wanita itu menarik kembali tangannya dan berkata, "Sesungguhnya si Fulanah telah membahagiakanku, dan aku ingin segera membalas jasanya." Namun, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak berkata apa pun pada wanita itu. Wanita itu pergi, kemudian kembali lagi, dan beliau pun membai'atnya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Komentar Hadis:
Setiap hadis yang dituturkan dan dicatatkan, pasti ada asbab dan syarahnya. Baiklah, kita mulakan dengan istilah Arab iaitu kata ‘qa ba dha’ (فَقَبَضَتْ) dalam hadis ini memiliki erti menggenggam/melepaskan tangan. Seperti disebutkan di dalam kamus yang bererti menggenggam sesuatu, atau melepaskan (tangannya dari memegang sesuatu). Jelas di sini, seorang si fulanah “menarik kembali tangannya” setelah menghulurkan tangannya (untuk berbaiat. Ini kerana, tiada kata ganding bagi ayat tersebut , secara tidak langsung kita mengetahui bahawa hadis ini memberitahu, seseorang telah menghulurkan tangan tetapi tidak disambut lantas ia menarik kembali.

فقبضت امرأة يدها =في رواية عاصم " فقلت يا رسول الله إلا آل فلان فإنهم كانوا أسعدوني في الجاهلية فلا بد من أن أسعدهم " لم أعرف آل فلان المشار إليهم ، وفي رواية النسائي " قلت إن امرأة أسعدتني في الجاهلية " ولم أقف على اسم المرأة . وتبين أن أم عطية في رواية عبد الوارث أبهمت نفسها
Menurut Ibnu Hajar Al-Asqolani, di dalam riwayat ‘Ashim berbunyi : “aku (Ummu Athiyah) berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya keluarga fulan telah membahagiakanku di masa jahiliyah maka aku harus membahagiakan mereka”, aku (al-Hafizh) tidak tahu siapakah keluarga fulan yang ditunjuk dalam riwayat ini. Di dalam riwayat Nasa’i berbunyi : “Aku (Ummu Athiyah) berkata : sesungguhnya ada seorang wanita yang membahagiakanku di masa jahiliyah” dan aku (al-Hafizh) tidak mengetahui siapa nama wanita yang dimaksudkan dan jelaslah bahawa Ummu Athiyah di dalam riwayat Abdul Warits memubhamkan (menyembunyikan identiti) dirinya.”
Sesetengah ulama menyatakan, wanita itu adalah Ummu Athiyah sendiri tetapi beliau menyembunyikan identitinya.
Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqolani menyatakan lagi di dalam kitabnya Fathul Bari maksud (فقبضت امرأة يده) ialah

a. ia merupakan majaz (menggunakan maksud selain daripada maksud asal) bahawa mereka terlewat menerima (قبول) baiah daripada baginda;
b. atau (jika benar berlaku berpegang tangan) bai`ah tersebut berlaku dengan keadaan tangan berlapik.

Ingin saya katakan, bahawa dalil yang membolehkan jabat tangan dengan ajnabiyah ini adalah dalil yang lemah ditinjau dari sisi istidlal dan istinbath hukum di dalamnya.

Syeikh tarekat Naqshahbandi juga bebas bersalaman dengan wanita ajnabi

Dari Aisyah, Tidak Pernah Nabi Berjabat dan Berpegang Tangan Secara Sengaja atau Semasa Berbaiat

Aisyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. Banyak dalilnya yang sahih. Antaranya:
Hadis 1:
حَدَّثَنَا مَحْمُودٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا
Telah menceritakan kepada kami Mahmud telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari 'Urwah dari Aisyah radliallahu 'anha, mengatakan, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam Shallallahu'alaihiwasallam membaiat wanita cukup dengan lisan (tidak berjabat tangan) dengan ayat ini; 'Untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun….' sampai akhir (QS. Almumtahanah 12) kata Aisyah; Tangan Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam sama sekali tidak pernah menyentuh wanita selain wanita yang beliau miliki (isterinya). (Hadis Sahih Bukhari)

Hadis 2:
قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ بَايَعْتُكِ كَلَامًا يُكَلِّمُهَا بِهِ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadanya: "Sungguh aku telah membai'at kamu" disambung dengan satu kalimat yang Beliau ucapkan. Demi Allah, sama sekali tangan Beliau tidak menyentuh tangan seorang wanitapun dalam baiat tersebut dan tidaklah Beliau membai'at mereka melainkan hanya dengan ucapan Beliau." (Hadis Sahih Bukhari)

Hadis 3:
قَالَ عُرْوَةُ قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا الشَّرْطِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ بَايَعْتُكِ كَلَامًا وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ
Urwah berkata; Aisyah berkata; Wanita-wanita mukminat yang mengikrarkan syarat ini, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya: "Sesungguhnya aku telah membai'atmu." Yakni beliau membai'atnya hanya sebatas ungkapan. Dan demi Allah, tangan beliau tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun dalam berbai'at. (Hadis Sahih Bukhari)

Hadis 4:
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ امْرَأَةً قَطُّ
 "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita mana pun, beliau hanya mengambil baiat dari mereka. (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis 5:
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَا أُصَافِحُ النِّسَاءَ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya saya tidak bersalaman dengan wanita. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Malik, Nasai dan Ahmad. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dan syeikh al-Arna’uth)

Hadis 6:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (Hadis Riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syeikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dan banyak lagi hadis sama ada yang sahih, hasan dan hadis daif sendiri. Jika kamu bermazhab Syafii, ingin saya petik kata Imam Nawawi rahimahullah berkata,
قَالَ أَصْحَابُنَا : كُلُّ مِنْ حُرِّمَ النَّظَرُ إلَيْهِ حُرِّمَ مَسُّهُ وَقَدْ يَحِلُّ النَّظَرُ مَعَ تَحْرِيمِ الْمَسِّ ، فَإِنَّهُ يَحِلُّ النَّظَرُ إلَى الْأَجْنَبِيَّةِ فِي الْبَيْعِ وَالشِّرَاءِ وَالْأَخْذِ وَالْعَطَاءِ وَنَحْوِهَا وَلَا يَجُوزُ مَسُّهَا فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ
“Setiap yang diharamkan untuk dipandang, maka haram untuk disentuh. Namun ada keadaan yang membolehkan seseorang memandang tetapi tidak boleh menyentuh, iaitu ketika bertransaksi jual beli, ketika serah terima barang, dan seumpamanya. Namun sekali lagi (ditegaskan bahawa), tetap tidak boleh menyentuh dalam keadaan-keadaan tadi. ” (Al Majmu’: 4: 635 dan Raudhat at-Thalibin)

Tidak Sengaja Memegang atau Tidak Tahu Tangan Siapa Yang dipegang
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ أَوْمَتْ امْرَأَةٌ مِنْ وَرَاءِ سِتْرٍ بِيَدِهَا كِتَابٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَبَضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ فَقَالَ مَا أَدْرِي أَيَدُ رَجُلٍ أَمْ يَدُ امْرَأَةٍ قَالَتْ بَلْ امْرَأَةٌ قَالَ لَوْ كُنْتِ امْرَأَةً لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ يَعْنِي بِالْحِنَّاءِ
 dari 'Aisyah radiallahu 'anha ia berkata, "Seorang wanita dari balik tirai hijab memberikan kitab (Al Qur'an kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memegang tangannya. Beliau bersabda: "Aku tidak tahu, ini tangan laki-laki atau tangan perempuan?" Wanita itu menjawab, "Ini tangan perempuan." Beliau bersabda lagi: "Jika kamu perempuan maka ubahlah warna kulitmu." iaitu dengan pacar (inai). (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasa'i)

Sekiranya hadis di atas sahih, juga tidak dapat dijadikan dalil tentang kebolehan berpegang tangan dengan wanita ajnabiyah. Selesailah beberapa dalil yang saya bawakan ini untuk menjelaskan secara ringkas dan padat bagi persoalan Hukum Bersalaman Antara Lelaki Dengan Perempuan. Bagi mereka yang mengingkarinya, bolehlah dikatakan bahawa ia berdosa dan jika ia menjadi tabiatnya serta menghalalkannya, maka bolehlah diiktiraf sebagai seorang yang fasik. Wallahu a’lam.

Keempat-empat Mazhab Ahlu Sunnah juga turut mengharamkannya dan tiada apa yang disembunyikan. Tiada helah sebagaimana didakwa sesetengah ulama yang mendakwa terpaksa menyembunyikan. Ini bermakna Islam itu helah. Ulama kurun ke 20 yang mengharamkan secara mutlak bersentuhan dan bersalaman dengan wanita ajnabi:
1. Syeikh Abdullah bin Jibrin
2. Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
3. Syeikh Nashiruddin Albani
4. Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan