08 Julai 2012

Siapa Tuhan Syiah Yang Sebenar? Bukti Syiah Kafir

Kelantan mempromosi Syiah? Kini persoalannya, siapa Tuhan Syiah Yang Sebenar? Bukti Syiah Kafir. Di dalam video ini, ulama sunnah dari Iran menjelaskan iaitu Syeikh Abu Muntasir Mullahzadeh Al-Balushi siapa sebenarnya tuhan yang agama Syiah sembah.




Jawad Zaker, penyanyi terkenal Syiah dalam lagunya Radud atau Maddah di dalam bahasa Parsi. Pertama sekali, lelaki ini iaitu Jawad Zaker adalah orang rapat Khomeini.

Dia berkata, “aku sembah Haidar (Haidar bermaksud Ali). Ini adalah normal dan kebiasaan bagi budaya agama Syiah”.

Tiada sembahan kepada Allah secara realiti, yang ada hanyalah sembah Ali. Penyanyi ini mendapat barah kerongkong dan mati akibatnya. Sebagaimana yang kita tahu, Khomeini juga mati di dalam keji, telanjang di khalayak puak agama Syiah!
Khomeni Mati Dalam Keadaan Taboo. Jenazahnya telanjang sepanjang jalan

Antara lirik lagu tersebut ialah:
Haidar, Haidar, Aku Mabuk dan aku adalah penyembah Ali.
Haidar, Haidar, Wahai Ali, kaulah Tuan kami!

Inilah yang ulama Syiah sembunyikan selama ini dari pengetahuan umum.
Di dalam lagu ini juga, mereka mentafsirkan surah Al-Fatihah dengan memasukkan sifat-sifat Imam mereka! Liriknya:
انا عابد حيدر
Akulah Hamba Haidar (Ali)
انت طريقك طريق المستقيم
Kaulah jalan (Husain) yang lurus
امك الزهراء الرحمن الرحيم
Ibumu az-Zahra (Fatimah) ialah ar-rahman ar-rahim,
زينب مالك يوم الدين
Zainab empunya hari kebangkitan
اياك نعبد واياك نستعين يازينب
Kepada engkau kami sembah, kepada engkau kami memohon pertolongan wahai Zainab!
مهدي مالك الارض
Mahdi (Imam Mahdi Syiah) adalah raja bumi.
لامحمد الا علي

Tiada Muhammad melainkan Ali

Bagaimana tergamak mereka melebihkan Imam mereka dari Allah Taala? Imam yang telah mati dan langsung tidak dapat berbuat apa-apa untuk mereka di dunia!

Di dalam lagu yang lain pula, liriknya:
لا محمد الا على
Tiada Muhammad melainkan Ali,
لا على الا الزهرة
Tiada Ali melainkan Az-Zahra,
لااله الا الزهرة
Tiada Tuhan melainkan Az-Zahra,
ياحيدر انت خالق الارض والسماء
Wahai Haidar, Kaulah Maha Pencipta langit dan bumi
ياحيدر انت عبد الله و انت الله
Wahai Haidar, kaulah hamba Allah dan Kaulah Allah!

Tiada satu pun ulama Syiah berkata, Jawad Zaker seorang Musyrik, malah mereka berbangga dengannya. Malah, orang Syiah sendiri yang mendengarnya, sudah tentu dia berkata, tidak ada apa-apa dengan perkataan ini.
Apakah belum terbukti lagi Syiah KAFIR MUSYRIK?

Adakah kata-kata ini tidak kufur?
Syiah berkata, Wahhabi kufur. Kufur yang bagaimana? Kufur kerana menyeru masyarakat Islam kepada aqidah mentauhidkan Allah?
Mereka cuba membuatkan umat Islam yang cinta kepada Ahlu Bait supaya kufur dan syirik kepada Allah. Inilah misi mereka!

Di dalam lirik lain pula,
ياحيدر انت خالق الارض والسماء
Wahai Haidar, Kaulah Maha Pencipta langit dan bumi

Contoh tawasul Syiah Rafidah di Qum dan Najaf kepada Ali. Tawasul amat digemari oleh puak sufi dan tarekat di Malaysia.

Kami tidak berdaya melainkan kau Ali,
Jangan kecewakan hambamu ini yang datang kepadamu
Jangan tinggalkan hambamu ini wahai Ali.

Syiah merupakan musyrik, zindiq, batiniah dan pagan (tiada agama). Mereka menumpang di dalam dunia Islam dan memutarbelitkan Islam.

Menurut Ibnu Taimiyyah, semasa zaman Fatimiyyah yakni kerajaan Mesir iaitu zaman Universiti Al-Azhar ditubuhkan sebagai pusat dakwah Syiah sebelum Salahuddin Al-Ayyubi menggulingkan Fatimiyyah, zaman itulah nabi shallallahu alaihi wasallam dicaci dan cerca oleh Syiah. Dan saya (penulis) khuatiri, golongan sufi yang berada di Mesir merupakan Syiah Fatimiyyah yang tersisa! Bertopengkan ahlu sunnah, al-maklum kita tahu bahawa tidaklah beriman seorang Syiah melainkan bertaqiyyah (berpura-pura, bohong, munafik).

Kepada mereka yang terikut-ikut Syiah tetapi masih lagi di dalam ahlu sunnah dan masih tidak mensyirikkan Allah, BANGUNLAH!! BUKA MATAMU!! Jangan kau bersekongkol dengan Syiah, kelak kau akan disambar Api Neraka kerana mensyirikkan Allah! Mari bersama ahlu sunnah dan bertaubatlah!

Kepada ahlu sunnah dari kalangan Mazhab Asyairah dan Sufiyyah, kembalilah kepada Al-Quran dan as-Sunnah. Jangan kau menggadaikan imanmu gara-gara kau mempertahankan tradisi turun temurun yang tiada sumber yang sahih kerana sesungguhnya tradisimu itu bersumber dari Syiah!

1 ulasan:

  1. ini loh, permasalahan sunni dan syiah
    http://www.kaskus.co.id/show_post/528f5661c1cb17234f000003/2/masalah-sunni-dan-syiah

    sunni dan syiah

    BalasPadam