15 Januari 2013

Guru Kaki Cabul

Artikel guru cabul akan menyusul... bukan fitnah, bukti ada. Nantikan sahaja ya...

Seksyen di bawah Kanun
Keseksaan Jenis hukuman Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum Hukuman Lain

Seksyen 354: Kekerasan dengan niat mencabul kehormatan
Penjara atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan
10 tahun
Boleh didenda atau disebat

Seksyen 375: Rogol.
Hukuman di bawah 376
Penjara
atau penjara dengan sebatan
5 tahun
20 tahun
Boleh dikenakan sebatan


Guru Kaki Cabul: Agak memeranjatkan masih lagi terdapat ramai tukang sihir. Ada yang menguji ilmu mereka sesama mereka, sesama masyarakat kampung dan tak kurang juga yang menguji kepada mereka yang dianggap sebagai musuh.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَأَكْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصِنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hendaklah kalian menghindari tujuh dosa yang dapat menyebabkan kebinasaan." Dikatakan kepada beliau, "Apakah ketujuh dosa itu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab:
"1. Dosa menyekutukan Allah,
2. Sihir,
3. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah untuk dibunuh kecuali dengan haq,
4. Memakan harta anak yatim,
5. Memakan riba,
6. Lari dari medan pertempuran, dan
7. Menuduh wanita mukminah baik-baik berbuat zina." (Hadis sahih Muslim. Imam Bukhari, Imam Abu Daud dan Imam Nasa'i turut meriwayatkan hadis ini dengan jalur sanad yang berbeza)

Timbul pula perawat celup yang agak terkenal kerana sering merawat mangsa histeria dan kerasukan. Yang saya maksudkan ialah seorang guru yang berasal dari Terengganu yang bekerja di sebuah negeri di bawah bayu. Ramai penduduk setempat serta guru rakan sekerja menganggapnya handal. Malangnya, guru ini gemar mencabul/berzina/rogol mangsanya yang terdiri dari wanita sama ada ustazah, budak sekolahan, anak dara, janda mahupun isteri orang. Peristiwa ini diketahui umum, malah isterinya sendiri dan guru-guru sekolah berkenaan juga tahu perangai guru cabul ini tetapi mereka mendiamkan kes ini kerana khuatir dengan bomoh yang dianggap handal ini. Saya yakin, dia 'ustaz celup' kerana dari cerita yang saya dengar daripada mangsa, kebanyakan kes kerasukan yang ditangani oleh guru cabul ini semuanya gagal. Cuma, dia begitu rajin melayan kerenah.

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah An-Nur: 30)

Kononnya dia terkenal dengan gelaran ustaz kerana berjaya dengan menampil watak soleh (munafik) dengan memimpin solat, tahlilan dan merawat sihir dengan ayat al-Quran. Dikatakan, mangsa yang dicabul/rogol juga dicalit dengan minyak pengasih. Dia mendapat imuniti dari polis, pegawai agama serta pengarah pendidikan dan ini menjadinya semakin kebal dan selayaknya dia digelar musang berbulu ayam dan masih berkeliaran mencari mangsa.

Saya mencadangkan agar perbuatan guru cabul seperti ini dilaporkan kepada pihak polis agar data kes ini dimasukkan dan direkodkan ke pangkalan data polis. Ini bertujuan agar pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya. Jika kes ini didiamkan, maka ternoda dan jahanamlah bangsa dan masyarakat setempat amnya.

Sesungguhnya sihir itu syirik. Dosa syirik tidak pernah mendapat keampunan dari Allah. Islam bukan agama mudah dan bukan untuk bermudah-mudah.


Kes Di Pahang
KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan FELDA di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lalu.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud, berkata guru berkenaan menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters berkenaan.

"Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa beredar dari rumah itu.

"Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Haris berkata, guru berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak tetapi keluarganya tinggal di Kedah.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.
Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam. - BERNAMA

Bomoh Ustaz celup (Kedah) merogol 
ALOR SETAR – Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.

Katanya, dia hanya dapat tahu perkara itu selepas anaknya menceritakan peristiwa hitam itu kepada sepupunya sebelum diberitahu kakaknya.

“Masa itu saya nak buat rawatan kepada mak sebab badan dia sering gatal. Selepas dapatkan rawatan, penyakit mak pulih. Pada masa sama, lelaki itu turut memberitahu anak saya alami sejenis penyakit dalam badan dan perlu rawatan secepat mungkin.

“Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.

“Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, 'ustaz' itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

“Pada suatu hari, dia sekali lagi minta saya hantar anak ke rumahnya untuk selesaikan rawatan sepenuhnya. Kemudian, saya hantar anak ke rumah lelaki itu sambil ditemani sepupunya,  namun lelaki itu menghalau kami pulang kerana membawa teman. Dakwanya kalau bawa teman rawatan tidak boleh dilakukan.

“Bagaimanapun, selang dua minggu kemudian, lelaki itu menghubungi saya dan meminta anak saya datang ke rumah itu secepat mungkin untuk menyelesaikan penyakitnya dan dibenarkan bawa teman. Saya pun tinggalkan anak dan anak saudara yang berumur 16 tahun di rumah itu sebelum menjemput mereka pada waktu tengah hari selepas selesai waktu bekerja,” katanya.

Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.

“Selepas mengetahui perkara itu, saya bawa anak dan anak saudara ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Doktor yang merawat turut mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

“Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Asmah turut merayu polis bertindak segera kerana laporan sudah dibuat sejak tahun lalu.

Anda tentu berminat membaca Tahlilan dan Jumaat Masih berleluasa di http://ibnnajib.blogspot.com/2013/01/tahlilan-dan-jumaat-masih-berleluasa.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan