03 Julai 2013

Hukum tidur berlebihan di bulan puasa

Berlebihan tidur siang hari serta melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat di malam hari di bulan Ramadhan merupakan kesia-siaan kesempatan yang sangat berharga. Tidak mustahil kesempatan ini tidak akan diperoleh lagi oleh mereka di masa akan datang. Seorang yang bijak adalah orang yang menjalani bulan Ramadhan untuk hal-hal yang sepatutnya, iaitu dia tidur di awal malam lalu menegakkan solat tarawih atau solat malam kemudian membaca al-Quran. Demikian juga tidak berlebihan dalam makan dan minum. Selayaknya bagi orang yang memiliki kemampuan untuk bersemangat dalam memberikan iftar (buka) kepada orang yang berpuasa, baik itu di masjid ataupun di tempat lain. Ketahuilah bahawa orang yang memberikan buka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa. Apalagi jika kepada saudara-saudaranya kaum Muslimin yang berpuasa. Maka sepantasnya bagi orang-orang yang Allah berikan kemudahan/kelebihan harta untuk betul-betul menggunakan kesempatan ini sehingga dia mendapatkan pahala yang sangat banyak.

Persoalan tidur siang sama ada dalam bulan puasa atau tidak, terus menjadi tanda tanya kerana ada tidur yang sunnah dan ada tidur yang makruh dan ada pula tidur yang haram. Qailulah (tidur siang) ada kalanya harus, ada kalanya sunnah. Tidur yang manfaat di bulan puasa ialah sebagaimana yang disebut di dalam hadis ini:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ
dari Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Manfaatkanlah makan sahur untuk menolongmu puasa di siang hari, dan tidur siang untuk bangun malam. " (Hadis riwayat Ibnu Majah, Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Bentuk tidur itu bukanlah tidur yang banyak atau tidur yang berlebihan. Saya pernah jelaskan di dalam blog saya bertajuk Tidur Siang (Qailulah) Jadi Gila dan Bodoh? di http://ibnnajib.blogspot.com/2013/04/tidur-siang-qailulah-jadi-gila-dan-bodoh.html berkenaan tidur siang, umat Islam hendaklah bersederhanalah tidur siang jika bertujuan hendak berjaga malam bagi memperbanyakkan amal di akhir sepertiga malam sebelum bersahur dan juga tujuh malam akhir di bulan ramadan.

Hadis yang berikut ini pula darjatnya lemah sekali (malah sesetengah ahli hadis berkata hadis ini palsu) dan berdampak negatif iaitu menjadikan sebahagian umat Islam malas dan banyak tidur di bulan puasa dengan beralasan hadits ini:
 أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ ، أنا عَلِيُّ بْنُ عِيسَى ، نا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْعَلاءِ ، نا سِخْتَوَيْهِ بْنُ مَازِيَارَ ، نا مَعْرُوفُ بْنُ حَسَّانَ ، نا زِيَادٌ الأَعْلَمُ ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى الأَسْلَمِيِّ ، قال : قال رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ ، وَصَمْتُهُ تَسْبِيحٌ ، وَدُعَاؤُهُ مُسْتَجَابٌ ، وَعَمَلُهُ مُضَاعَفٌ " . مَعْرُوفُ بْنُ حَسَّانَ ضَعِيفٌ وَسُلَيْمَانُ بْنُ عَمْرٍو النَّخَعِيُّ أَضْعَفُ مِنْهُ .
Dari Abdullah bin Abi aufa Al-aslami berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Tidurnya orang yang berpuasa itu dianggap ibadah, dan diamnya merupakan tasbih, dan amalnya (diganjari) berlipat ganda, dan doanya mustajab, sedang dosanya diampuni". (Hadis riwayat Baihaqi dan Imam Baihaqi sendiri berkata hadis ini cacat)

Seterusnya, kita lihat fatwa berkenaan tidur siang yang melampaui di bulan ramadan atau tidur banyak di siang hari bulan puasa. Fatwa ini termasuk juga tidur berlebihan ketika berpuasa sunat atau tidur sepanjang hari walaupun bukan berpuasa.

السؤال: هناك من ينهى عن كثرة النوم في رمضان، ويقول: "إن على المسلم أن يكون في عمل ويقظة ولا ينبغي له كثرة النوم"، ما رأي فضيلتكم؟
Soalan: Ada yang melarang tidur berlebihan di bulan Ramadhan dengan berkata, "umat Islam perlu berjaga dan memperbanyakkan amal, tidak seharusnya memperbanyakkan tidur". Apakah hukum tidur sepanjang hari di bulan Ramadhan? Apakah pendapat tuan?

الإجابة: نعم يُنهى عن الإكثار من النوم في هذا الشهر أعني النوم في النهار، لأنه يكسل عن الطاعة، وربما يفوِّت صلاة الجماعة أو يسبب إخراج الصلاة عن وقتها، والمطلوب من المسلم النشاط في الطاعة، ويكون النوم بالليل، ولاسيما من أوله لينشط في النهار على أداء العلم والمشاركة في الطاعات
Jawapan: Benar, telah dilarang memperbanyakkan tidur di dalam bulan ramadhan terutama sekali tidur siang kerana ia akan melahirkan sifat pemalas dan tidak taat yang mana dalam masa yang sama dia berdosa kerana tidak solat jemaah (jika ia memang termasuk orang yang wajib melaksanakan solat jemaah) atau disebabkan tidak mengerjakan solat di waktu-waktunya. Dari artikel Fatwa Syaikh Shalih Al-Fauzan dari kitab Al Muntaqa Min Fatawa Asy Syaikh al Fauzan (المنتقي من فتاوي الشيخ صالح بن فوزان الفوزان)

السؤال: ما حكم من نام نهار رمضان كله ولا يستيقظ إلا عند الإفطار‏؟‏
Soalan: Apakah hukum tidur sepanjang hari siang bulan Ramadhan dan bangun hanya ketika berbuka puasa?

الإجابة: من نام نهار رمضان كله؛ فصيامه صحيح إذا كان نوى الصيام قبل طلوع الفجر، ولكن يحرم عليه ترك أداء الصلوات في مواقيتها وترك صلاة الجماعة إن كان ممَّن تجب عليه صلاة الجماعة، فيكون قد ترك واجبين يأثم عليهما أشدّ الإثم؛ إلا إذا كان ذلك ليس من عادته، وإنما حصل منه نادرًا، مع نيته القيام للصلاة‏.‏ وبالمناسبة؛ فإنه من المؤسف جدًّا أن كثيرًا من الناس اعتادوا السهر في رمضان، فإذا أقبل الفجر؛ تسحروا وناموا جميع النهار أو معظمه، وتركوا الصلوات، مع أن الصلوات آكد من الصيام وألزم، بل لا يصح الصيام ممن لا يصلي، والأمر خطير جدًّا، والسهر الذي يسبب النوم عن أداء الصلاة سهر محرم، وإذا كان سهرًا على لهو ولعب أو فعل محرمات؛ فإن الأمر أخطر، والمعاصي يعظم إثمها ويشتدُّ خطرها في رمضان وفي الأزمنة والأمكنة الفاضلة أشدّ من غيرها‏.
Jawapan: Orang yang tidur sepanjang siang hari di bulan Ramadhan, puasanya tetap sah jika memang sebelum terbit fajar dia telah berniat puasa. Akan tetapi, haram atasnya meninggalkan solat-solat (di sepanjang siang itu) dan meninggalkan solat berjemaah jika dia termasuk golongan yang wajib solat berjemaah di masjid. (Jika dia melakukan itu), bererti dia telah meninggalkan dua kewajiban (yakni kewajiban puasa dan solat), dia sangat berdosa kerana meninggalkan keduanya. Kecuali jika perbuatan seperti itu bukan kebiasaannya, ertinya sangat jarang dia melakukannya, dan dia pun tetap berniat mengerjakan solat. Berkaitan dengan itu pula, sungguh sangat disayangkan bahawa banyak orang yang membiasakan diri berjaga sepanjang malam di bulan Ramadhan, lalu ketika telah dekat waktu terbit fajar, mereka segera makan sahur kemudian tidur sepanjang siangnya. (Dengan keadaan seperti itu), mereka meninggalkan solat-solat di waktu siang, padahal solat lebih ditekankan dan lebih diwajibkan daripada puasa, bahkan tidak sah puasa orang yang tidak solat! Perkara ini sangat berbahaya sekali. Bergadang (di waktu malam) yang menyebabkan pelakunya tertidur sehingga tidak mengerjakan solat (di waktu siang) adalah bergadang (berjaga malam) yang haram. Kemudian jika berjaga malam itu hanya untuk main-main atau untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang di haramkan, maka perkaranya jadi lebih berbahaya lagi. Perbuatan-perbuatan maksiat dosanya lebih besar dan bahayanya lebih kuat (jika dikerjakan) pada bulan Ramadhan. Begitu pula pada saat-saat dan tempat-tempat yang (dipandang) mulia (dalam ajaran agama), lebih kuat daripada selainnya. Wallahu a’lam. (Dari artikel Fatwa Syaikh Shalih Al-Fauzan dari kitab Al Muntaqa Min Fatawa Asy Syaikh al Fauzan (3/243)

2 ulasan: